Perodua bakal hasilkan kereta elektrik pada harga mampu milik?

Perodua bakal hasilkan kereta elektrik pada harga mampu milik? Pelbagai syarikat kenderaan kini dalam peralihan untuk memperkenalkan kenderaan elektrik. Hal ini selari dengan sasaran kerajaan untuk memperluaskan penggunaan kenderaan elektrik – mencapai sehingga 15% kenderaan dijual pada 2030 adalah kenderaan elektrik menurut laman portal amanz.my.

Selari dengannya, Perodua yang merupakan pengeluar kereta tempatan kedua negara antara penjual kenderaan terbesar di Malaysia, semestinya tidak ingin ketinggalan dengan penggunaan teknologi baru untuk model kereta keluarannya.

Perodua bakal hasilkan kereta elektrik pada harga mampu milik?

Perodua kini dalam proses kajian, dan pembangunan berkenaan kenderaan elektrik sebagai model baru keluaran tempatan pada masa akan datang. Berkongsi mengenainya, Perodua juga mengatakan mereka bukan sekadar ingin membangunkan kereta elektrik seperti yang lain, tetapi juga akan memastikan kereta elektrik keluaran mereka adalah pada harga mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Dengan harga yang mampu-milik ini, ia sekaligus akan membolehkan semua rakyat Malaysia menikmati teknologi penawaran terkini seperti yang dilapor dalam laman portal amanz.my.

Pada masa yang sama, Perodua juga ingin bekerjasama dengan sejumlah pihak dalam menjayakan penawaran kenderaan elektrik – apatah lagi dengan keperluan infrastruktur dan sebagainya.

Dengan perkembangan sihat ini, sama-sama kita nantikan apakah selanjutnya untuk Perodua dalam penawaran kereta elektrik pada harga mampu milik.

BACA JUGA :
Perodua Axia diberi wajah baru, kini diberi nama kod D74A.. Apa yang menarik?
Foto kereta sedan model terbaru Perodua kini tular
Toyota Corolla Cross berjaya atasi jualan HR-V, ini puncanya..