Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kisah perkahwinan pasangan bernama Danny dan Nur Azera selepas lima hari berkenalan.
Ia menjadi perhatian netizen kerana mereka pasangan yang dahulunya merupakan bekas mak nyah dan bekas pengkid.
Namun, rumah tangga yang dibina hanya bertahan selama dua minggu saja sebelum berpisah dan membawa haluan masing-masing.
Bagaimanapun, Danny yang juga pemilik salun dikhabarkan bakal mengakhiri zaman dudanya dalam masa terdekat.
Memetik sumber Harian Metro, Danny yang berusia 41 tahun itu mengatakan dia berkenalan dengan bakal isterinya menerusi TikTok selepas isu bercerai dengan bekas isteri.
Screenshot 2024 01 15 154854
Katanya, dia dan wanita yang dikenali sebagai Qaseh berkenalan di TikTok sejak tujuh bulan lalu dan selesa menjalin hubungan dengan wanita itu kerana ada banyak persamaan di antara mereka.
“Selepas dua minggu bercerai dengan bekas isteri, Qaseh mesej saya di TikTok dengan beri kata semangat namun saya hanya balas dua hari selepas itu.
“Dua bulan lalu, kami kerap berhubung dan nampak ada keserasian hingga saya luahkan perasaan terhadapnya kemudian ajak nikah.
“Saya tertarik dengannya kerana nampak dia macam wanita terakhir dan ada ciri isteri yang saya mahukan,” katanya.
Menurut Danny, keluarga kedua pihak merestui hubungan mereka malah ibunya paling gembira selepas mendengar perkhabaran yang dia akan berkahwin lagi.
Baginya, tiada istilah serik kerana dia juga ada keinginan hendak mempunyai keluarga seperti orang lain.