Pernah tular sebagai peguam Siti Bainun, peguam syarie zahirkan sokongan kepada Fattah

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Berita perceraian pasangan Fattah dan Fazura telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Ada yang berpihak kepada Fazura kerana mendedahkan kesukaran yang dihadapinya semasa bersama pasangannya.

Namun, satu reaksi daripada seorang peguam syarie terkenal menarik perhatian netizen apabila dia secara terbuka menyokong Fattah.

Peguam tersebut, Hafidzah Hassan, telah memuat naik kenyataan ringkas mengenai isu ini di akaun Facebook peribadinya.

“Selepas 15 tahun mengendalikan kes fitnah dan syariah. Maaf, saya ‘team’ Fattah Amin,” tulisnya.

Pernah tular sebagai peguam Siti Bainun, peguam syarie zahirkan sokongan kepada Fattah

Hantaran beliau jelas mengundang perbalahan di kalangan netizen, dengan ada yang menyokong pendapatnya dan sebahagian yang lain membidas kerana tidak bersetuju.

Dalam hantaran terbaharunya, Hafidzah menjelaskan bahawa dia hanya memberikan pendapat berdasarkan pengalamannya dan mendakwa ramai yang terlalu berfikir secara berlebihan mengenai kenyataannya sehingga membuat andaian yang tidak wajar.

Sebagai tambahan, anda mungkin pernah melihat beliau kerana pernah tular sebagai peguam bela yang mewakili Siti Bainun, tetapi menarik diri atas alasan jadual kerja yang padat.

BACA: Timbalan speaker dewan rakyat naik pangkat