Pernah tular Atok kahwin gadis 19 tahun 2 bulan lalu, sekarang dah cerai

Pernah tular Atok kahwin gadis 19 tahun 2 bulan lalu sekarang dah cerai

Pernah tular Atok kahwin gadis 19 tahun 2 bulan lalu, sekarang dah cerai. Sepasang pengantin di wilayah Jawa Barat yang pernah tular kerana mempunyai jarak perbezaan usia mencecah 46 tahun dilaporkan telah bercerai hanya dua bulan selepas mendirikan rumah tangga, lapor laman berita Kompas hari ini.

Sondani, 65, pada 18 Mei lalu berkahwin dengan seorang gadis, Fia Barlanti yang baru berusia 19 tahun.

Perkahwinan mereka menjadi tular bukan sekadar disebabkan oleh jarak usia, bahkan kerana Sondani menyerahkan mas kahwin berjumlah 500 juta rupiah (RM150,045).

Bagaimanapun, menurut satu hantaran di laman Instagram, Sondani dan Fia dikatakan telah berpisah.

Perkara itu diberitahu oleh seorang individu yang mendakwa bahawa dia merupakan jiran pasangan tersebut.

Pernah tular Atok kahwin gadis 19 tahun 2 bulan lalu, sekarang dah cerai

“Perkahwinan mereka cuma bertahan selama dua bulan dan kini telah bercerai. Mereka merupakan jiran saya.

“Terlalu pantas (bercerai). Kasihan si datuk (Sondani) kerana dia sedang sakit,” kata individu tersebut.

Ketika berkahwin dengan Fia, Sondani dilaporkan memberikan mas kahwin berjumlah 500 juta rupiah (RM150,045), sebuah rumah, kereta dan membawa keluarga isterinya menunaikan umrah.

BACA:

Hasanah bebas tuduhan pecah amanah US$12.1 Juta

“Dia ni ketagih belajar ke?”, Dah ada 4 ijazah serta 3 kelulusan profossional, nak sambung Phd pulak..

“Buanglah kopiah tu pakcik”, pengurus travel umrah dipenjara 230 tahun

CATEGORIES