Pernah tak terfikir macam mana pilot solat dalam kapal terbang?

Oleh DAHLIA MARZUKI

Pernah tak terfikir macam mana pilot solat dalam kapal terbang?

Seperti yang diketahui, setiap umat Islam wajib mendirikan solat fardhu lima waktu sehari semalam

Dan jika meninggalkannya, individu tersebut juga wajib untuk qada solat tersebut.

Rupanya ini sebab ada titik merah dan kuning pada tayar kereta, ini maksudnya Pernah tak terfikir macam mana pilot solat dalam kapal terbang?

Secara asasnya dalam Islam, setiap muslim wajib melaksanakan solat dalam apa-apa jua keadaan, sama ada sihat atau sakit, dalam perjalanan hatta sedang berperang sekali pun.

Tidak kurang juga, ketika keadaan-keadaan dan situasi yang ‘jauh’ daripada keselesaan seperti berada dalam kapal terbang yang tinggi di udara.

Pernah terbayang tak, bagaimana juruterbang yang setiap hari bertugas menerbangkan pesawat di udara melakukan solat lima waktu pada ketinggian kira-kira 11,000 kaki di udara?

Jurutebang tunjuk cara solat subuh

Seorang kapten juruterbang di Indonesia, Rud Van Pangemanan (@captainruud) berkongsi kepada orang ramai berkenaan cara juruterbang muslim mendirikan solat ketika melakukan penerbangan pada ketinggian 39,000 kaki di udara.

Menerusi perkongsian di Instagram, beliau turut menjelaskan perkara yang dilakukan semasa menunaikan solat.

Pada awalnya, beliau menerangkan bahawa juruterbang akan hanya menunaikan solat di tempat duduknya dan bertayamum sebagai ganti wuduk sebelum memulakan fardhu wajib itu.

Selain daripada tayamum, terdapat juga beberapa juruterbang yang mempunyai air wuduk sebelum melakukan penerbangan.

Difahamkan, untuk tayamum mereka akan melakukan di hadapan kokpit, yang merupakan ruang tempat duduk juruterbang dan pembantunya.

Perkara itu amat mudah untuk dilakukan kerana jurutebang hanya akan duduk di kokpit melakukan perkara sebelum dan selepas solat.

Jelas Kapten Rud, semuanya mudah dan beliau berasa tidak susah untuk melakukannya.

Selain itu, biasanya juruterbang juga akan memaklumkan kepada pembantunya jika mahu menunaikan solat.

“Jangan lupa untuk memaklumkan kepada pembantu juruterbang sebelum mendirikan solat,” katanya.

Hal ini membantu pembantu itu untuk kekal peka dengan keadaan sekeliling semasa juruterbang utama sedang melaksanakan perintah wajib daripada Allah S.W.T. tersebut.

Bagi waktu Subuh, juruterbang akan mula solat sekiranya ufuk timur mula bercahaya di mana langit mula menunjukkan warna kebiru-biruan bercampur kekuning-kuningan.

Walau bagaimanapun, buat mereka yang berada di udara dan telah melaksanakan solat di pesawat, difahamkan mereka juga dikehendaki untuk qada solat tersebut apabila sudah tiba di darat.

Untuk arah kiblat pula, apabila berada di pesawat, mereka yang terlibat seperti penumpang, pramugari, pramugara dan jurutebang hanya perlu solat mengikut arah kapal terbang itu bergerak.

Memandangkan haluan terbang tidak mengikut arah kiblat sebenar, ada situasi tertentu membenarkan mereka untuk hanya solat di atas kerusi masing-masing.

BACA: Pekan Munduk musnah gara-gara letupan gudang mercun, Mek Lin akhirnya serah diri