Pernah buat kapal satu dunia jam teruk, Evergreen beri bonus 52 bulan kepada pekerjanya

Pernah buat kapal satu dunia jam teruk, Evergreen beri bonus 52 bulan kepada pekerjanya

Pernah buat kapal satu dunia jam teruk, Evergreen beri bonus 52 bulan kepada pekerjanya. Ramai orang menantikan penghujung tahun kerana terdapat pelbagai perayaan pada masa itu dan juga, ketika itulah mereka menerima bonus tahunan mereka.

Pada 30 Disember, pekerja sebuah syarikat perkapalan Taiwan, Everygreen mungkin terkejut apabila melihat bonus yang mereka terima tahun ini.

Tahun lepas, beberapa pekerja Evergreen Marine menerima bonus sehingga 40 bulan tetapi pada tahun ini, ada juga yang menerima 52 bulan!

Pernah buat kapal satu dunia jam teruk, Evergreen beri bonus 52 bulan kepada pekerjanya

Kebanyakan pekerja diberi bonus 10 bulan hingga 45 bulan gaji tetapi mereka yang menunjukkan prestasi kerja yang hebat diberi 52 bulan bonus.

Menurut Taipei Times , syarikat perkapalan itu tidak mengulas soalan mengenai bonus, sebaliknya, mereka hanya berkata: “setiap pekerja diberi pampasan berdasarkan prestasi mereka.”

ET Today juga mendedahkan bahawa beberapa pekerja telah menerima hampir 2 juta NTD dalam akaun bank mereka.

Jika kita mengiranya daripada perspektif pekerja akar umbi di mana mereka memperoleh 40,000 NTD (RM5,746) sebulan, mendapat 45 bulan bonus bermakna mereka akan mendapat tambahan 1.8 juta NTD (RM258,257).

Ada juga yang menyebut bahawa mereka menerima hampir 3 juta NTD.

Syarikat saingan Evergreen Yang Ming Marine telah berkata bahawa mereka merancang untuk memberi ganjaran kepada pekerja mereka sehingga 13 bulan bonus.

Walaupun kos sara hidup di Taiwan agak tinggi, kami pasti semua orang gembira apabila mereka menerima bonus kerana wang tunai tambahan itu pasti akan membantu kehidupan seharian mereka.

BACA JUGA :

Covid makin parah di China, Sabah wajibkan ujian saring pelancong

‘Sampai sekarang aku gigil tengok lelaki ‘bogel’ berdiri depan pintu rumah’

Cara sembuhkan sakit kepala tanpa bergantung pada ubat, ramai dah berjaya

CATEGORIES