Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022 kini dibuka. Syarikat Perumahan Negara Berhada (SPNB) merupakan sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti serta mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.
Rumah Mesra Rakyat (RMR)
RMR diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk menbina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan rumah juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di bawah
Harga & Reka Bentuk RMR
Harga bagi setiap tempat adalah berbeza namun konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga RMR mengikut tempat:
1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)
Harga: RM75,000
Subsidi pembinaan: RM20,000
Jumlah Pinjaman: RM55,000
Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300
2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)
Harga: RM85,000
Subsidi Pembinaan: RM20,000
Jumlah Pinjaman: RM65,000
Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM350
3. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah / Sarawak / Labuan)
Harga: RM75,000 – RM106,000
Subsidi pembinaan: RM20,000
Jumlah Pinjaman: RM55,000 – RM86,500
Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300 – RM470
Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan RMR:
Warganegara Malaysia
Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
Tapak / tanah bersesusaian dan bebas daripada gadian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik
Keluasan tanah tidak kurang dariada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)
Cara Membuat Permohonan RMR
Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:
Secara Online
Buka laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ @ https://spnb.com.my/
Klik Pendaftaran Baru dan isikan borang pendaftaran dengan lengkap
Setelah itu, ID Login dan Kata Laluan akan di hantar ke emel yang didaftar
Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
Lengkapkan borang yang dikehendaki
Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke Pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan
Secara Manual
Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan
Dokumen Yang Diperlukan
Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan ketika menghantar borang permohonan RMR:
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaa)
Salinan kad pengenalan tuan tanah
Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.
Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
Salinan sijil nikah pemohon
Borang laporan tapak bergambar
NOTA:
Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliku rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A
SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa
Semakan Status Kelulusan
Maklum balas permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.
Bagi pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat
Tanggungjawab Pemohon
Pemohon RMR bertanggungjawab untuk:
Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi
Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
Membuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perlu
BACA:
Pakai songkok, lelaki buang patung hindu dalam tong sampah rupanya bukan islam?
Panas !!! Zuraida umum keluar Bersatu, bakal letak jawatan menteri