Permohonan jawatan kosong Jabatan Perangkaan dibuka

Permohonan jawatan kosong Jabatan Perangkaan dibuka

Permohonan jawatan kosong Jabatan Perangkaan dibuka. Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PERSONEL MYSTEP

Taraf Jawatan: Kontrak

Permohonan jawatan kosong Jabatan Perangkaan dibuka

Permohonan jawatan kosong Jabatan Perangkaan dibuka

Tarikh Lantikan: Jun – Ogos 2022
Gaji: RM1,600/sebulan
Kemudahan: Cuti, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO

MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya . Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.

Syarat-syarat Kelayakan

  1. Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
  4. Berdisiplin dan boleh melaksanakan tugas dengan pemantauan minimum.

 

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat kelayakan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

BACA:

Rakyat Singapura jual ayam KFC RM3.8 juta selepas Malaysia henti eksport ayam

Makin parah, ringgit dijangka cecah RM5.50 bagi AS$1 dalam masa terdekat

CATEGORIES