Perjuangan kartel atas dasar kekayaan, penuh jeneral tiada tentera

Perjuangan kartel atas dasar kekayaan, penuh jeneral tiada tentera

Apalah yg kalian gundahkan wahai ahli2 PKR? Mungkin yg baru ikut ikut politik terasa tidak senang duduk. Ramainya bersama Azmin dan Zuraida… tapi tahukah mereka yg mengikuti Azmin dan Zuraida itu kenapa?

Saya bukan ahli mana2 parti tetapi saya sgt dkt dgn penubuhan PKR. Cuma sebagai pengamal media dahulu sy mesti neautral.

Parti PKR ditubuhkan di jalanan. Setiap minggu kami akn ke jalanraya. Dikejar, ditembak gas pemedih mata, ditembak air dan aksi kejar mengejar dgn FRU dan SB itu sudah seperti permainan polis sentri. Kami pun dah tak larat nak lari lagi dan polis yg mengejar kami itu pun barangkali sudah pencen.

Ketika itu tiada ahli politik yg hebat bersama. Yg memegang kuasa semua takut bersama kecuali para akademik dan pengikut setia Anwar Ibrahim.

Anak2 muda dan mereka atas pagar tidak kenal siapa Anwar Ibrahim. Maksud kenal itu bukan mengenali tubuh badannya tapi perjuangan Anwar dan ketokohannya.

Sebab berita fitnah ditabur setiap malam oleh rejim Mahathir ketika itu utk memburukkan imej Anwar telah membuatkan ramai yg merasakan Anwar biasa2 sahaja.

Bila Anwar bercakap bab ekonomi… ada bertanya siapa Anwar bercakap bab ekonomi. Tahukah kalian dunia mengiktirafkan beliau sebagai antara Menteri Kewangan terbaik Asia dan dunia. Malaysia digelar harimau ekonomi Asia.

Sebab itulah apabila Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin dulu terbuang mereka sanggup dtg ke mahkamah utk bertemu Anwar Ibrahim. Sebab mereka tahu Anwar sudah membentuk jutaan rakyat memahami perjuangan idealismanya. Tanpa Anwar… Mahathir dan Muhyiddin tidak mana2.

Membina PKR bukan mudah terutama dari sumber kewangan. Yg byk membantu PKR ketika itu ialah Allahyarham Tuan Guru Fadhil Nor, Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

Mahu tidak mahu PKR ditubuhkan atas dasar utk memperjuangkan idealisma Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim dgn kebijaksanaannya telah menyatukan parti2 pembangkang. Teori yg sgt mudah dlm berpolitik utk menumpaskan BN tetapi tidak difahami oleh PAS dan DAP sebelum itu.

PKR menjadi jambatan kpd PAS dan DAP yg jelas berlainan ideologi. Bermula PRU 1999 banyak liku2 perjuangan di laluai Presiden Anwar. Kawan2 politik di dlm UMNO yg memuja atau mendampingi beliau meninggalkannya.

Anwar Ibrahim benar2 bersendirian tetapi ratusan ribu rakyat menyambutnya di Dataran Merdeka hingga ke Masjid Negara yg tidak akn pernah dirasai mana2 pemimpin politik walaupun Mahathir sekalipun. Anwar disokong oleh rakyat bawahan. Payah nak jumpa Dato apatah Tan Sri bersama Anwar ketika itu.

Bagaimanapun ramai teman seperjuangan yg tidak tahan dgn penderitaan melawan BN telah beralih arah atau lari dari perjuangan politik. Tapi bukan bagi Anwar, bertahun di penjara… dia keluar dia lawan. Dia dedahkan segala kepincangan. Tak serik2 tapi suatu sifat terpujinya dia tidak pernah berdendam dgn musuh politiknya.

2008 ia seperti membuahkan hasil. Tanpa mengenal putus asa dgn bantuan media sosial rakyat mula sedar. Hingga PRU 14 yg lalu perkara yg dianggap mustahil akhirnya berlaku apabila BN dan UMNO dikalahkan.

Rakyat sudah benci dgn korupsi dan salah guna kuasa BN. Malangnya peristiwa si kitol ketika zaman Kesultanan Melaka berterusan wujud di dlm PKR. Nama Azmin Ali akan dikenang dlm sejarah Malaysia sebagai si kitol yg jahat mengkhianati rakyat.

Azmin menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar utk memecah belahkan partinya kerana ketamakkan kuasa. Selepas menjadi Menteri Pusat dia terus menggunakan kelebihannya utk memikat ahli/ PKR dgn ‘dedak’ samada diberi jawatan atau projek.

Maka satu persatu maruah ahli politik tergadai dgn tawaran2 ini. Ini fakta… saya mahu tanya kpd pemimpin2 PKR dan ahli2 PKR, jika Azmin tiada kuasa apakah ‘kartel’ ini tertarik dgn perjuangan (kita pun tak faham apa perjuangannya) Azmin dan Zuraida ini?

Cuma saya merasa hairan maaf kata ‘kebodohan’ pengikut Azmin yg bergelar kartel. Baiklah jelas idealisma perjuangan mereka bukan membela rakyat dan menganggap politik sebagai wadah mencari kekayaan…tapi adakah mereka tidak dpt fikirkan menjelang PRU 15 ke mana arah tuju perjuangan mereka nanti?

Jika bersandarkan kpd aura kepimpinan Ezam Mohd Nor dan Rouslan Kassim jauh lebih hebat dari Azmin. Tapi kedua nama itu tidak ada kuasa ( jawatan ) jadi sukar membentuk penyokong.

Ya sekarang Azmin ada kekuatan politik tetapi tidakkah kartel ini tahu UMNO, PAS, MCA, MIC dan parti2 Sarawak secara rasmi menolak menyertai PN iaitu kerajaan Muhyiddin dan Azmin.

Hubungan Umno dan parti2 lain dengan PN hanya satu persefahaman sahaja atau bersifat sementara. Bila2 masa sahaja kerajaan PN ini akn tumbang. Pengikut kartel mesti ingat pada PRU 15 atau mungkin akn tumbang sebelum itu…kemungkinan besar mereka terpaksa bertanding menentang PAS, UMNO dan PH sendiri.

Anda yakin Azmin Ali ada pengikut? Azmin diibaratkan sebagai seorang Panglima Perang yg tidak mempunyai tentera. Yg menyokong Azmin Ali hanyalah pemimpin2 yg dilantik oleh rakyat yg menyokong PH atau PKR dan bukannya kerana Azmin Ali.

Jadi kpd ahli2 PKR yg gundah. Percayalah PKR telah melalui kehilangan beramai2 pemimpin. PKR lemah seketika tetapi semakin kuat hingga mampu menjatuhkan kerajaan BN.

Ahli PKR ada berjuta jika yg keluar 50 ribu org apalah sgt. PKR kekuatan bukan kpd pemimpin tetapi kpd idealisma Anwar Ibrahim. Percayalah paling lama dlm 3 tahun lagi Azmin Ali akn jadi ahli politik yg terbuang. Jika dia terbuang pemimpin2 yg bersama Azmin akan menjadi sampah politik sepertimana berlaku kpd pemimpin PKR terdahulu.

Sumber:

COMMENTS