“Pergi mamp*s” – Ifa Raziah mengamuk tak tahan kena kecam

“Pergi mamp*s” – Ifa Raziah mengamuk tak tahan kena kecam

“Pergi mamp*s” – Ifa Raziah mengamuk tak tahan kena kecam. Kontroversi melibatkan penyanyi dangdut popular, Ifa Raziah semakin hangat diperkatakan.

Malah, pelbagai pihak tampil memberikan respons mengenai persembahannya pada konsert Terpaling Juara lalu sehinggakan, ada yang mempersoalkan kredibiliti nyanyian dan ‘attitude’ yang ditunjukkan penyanyi itu.

Tidak hanya berdiam diri selepas dilabel ‘kaki menjawab’, Ifa Raziah akhirnya tampil memberikan penjelasan berkenaan tuduhan yang dilemparkan kepadanya dalam satu temu bual bersama wartawan F8BUZZ.

“Eh, aku memang kaki menjawab. Kau dah kenapa?

“Aku jawab untuk diri aku, defend diri aku, kalau dia cakap macam mana pun kalau aku tak defend diri aku siapa nak defend aku?

"Pergi mamp*s" - Ifa Raziah mengamuk tak tahan kena kecam

“Aku cakap benda yang betul kot. Benda yang berlaku, bukan aku propa. Bukan aku buat-buat berlakon ke apa?

@fzlyusof Replying to @𝕼𝖜𝖊𝖗𝖙𝖞𝖚𝖎𝖔𝖕 𝕴𝖙𝖆 ♬ original sound – fzlyusof

“Aku defend diri aku… Aku cakap benda yang betul. Tak kanlah orang bercakap, orang mengata aku tak defend diri aku.

“Kalau aku tak defend diri aku siapa nak defend? Korang? Tak…

“Penonton aku tak kisah, pegi mampos lah dengan diorang. Aku sekarang ni, Datuk Hattan. Aku pun menjawab benda yang tak biadab kan?” katanya.

Video berdurasi 2 minit lebih yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok itu ternyata mencetuskan pelbagai respons negatif dalam kalangan warganet yang menyifatkan penyanyi itu tidak seharusnya memarahi wartawan berkenaan kerana beliau hanya menjalankan tugas.

Bahkan, ada juga yang mendakwa, Ifa bersikap dingin ketika ditemu bual wartawan terbabit akibat berasa malu selepas nyanyiannya ditegur oleh Datuk Hattan.

Menerusi tinjaun XTRA di ruangan sosial media, rata-rata warganet mendakwa kontroversi yang menimpa penyanyi yang popular menerusi lagu Gemerincing Rindu ini adalah balasan untuk dirinya kerana menggunakan nama ‘Diva’ namun masih sendu.

Malah, ada yang melabel tindakan Ifa itu sebagai bongkak dan sengaja mencari pasal dengan netizen apabila membuat kenyataan ‘Pergi mampus dengan mereka’ dalam sesi temu bualnya itu.

BACA:

Puteri Balqis bidas Azhar Sulaiman, ‘awak dah tulis nota bunuh diri untuk kami’

Tak dapat ganja punya pasal, lelaki merajuk dua hari atas bumbung

Jabatan Penjara buka mulut dakwaan Najib duduk dalam rumah pegawai kanannnya

CATEGORIES