Perdana Menteri Itali umum letak jawatan setelah hilang sokongan majoriti

Perdana Menteri Itali umum letak jawatan setelah hilang sokongan majoriti

Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte mengumumkan peletakan jawatannya yang berkuatkuasa hari ini, dipercayai dalam usaha mendapat mandat bagi pembentukan pentadbiran baharu susulan pergolakan politik di negara itu.

Memetik laporan media antarabangsa, perkara itu yang disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri, memaklumkan Conte akan mengadakan mesyuarat Kabinet dan memberitahu barisan menterinya berhubung hasratnya untuk berkunjung ke Quirinale (Pejabat Sergio Mattarella) bagi menyampaikan hasrat peletakan jawatannya itu.

Itali dilanda pergolakan politik sejak beberapa minggu lalu, terutama berhubung tindakan pemerintah menangani wabak COVID-19.

Pentadbiran Conte mula goyah selepas bekas Perdana Menteri Matteo Renzi menarik sokongan terhadap partinya, Italia Viva pada 14 Januari lalu.

Conte ‘bertahan’ dengan undi percaya di Parlimen minggu lalu tetapi gagal mendapatkan majoriti di Senat, sekali gus menyebabkan kerajaan yang dibinanya adalah lemah.

Sehingga kini, lebih 85,000 penduduk di Itali terkorban akibat COVID-19, sekali gus melumpuhkan ekonomi negara itu. –AA