Percubaan hidupkan semula ajaran sesat ayah pin dalam radar kerajaan

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Usaha untuk menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin yang pernah mencetuskan kontroversi dengan konsep ‘Kerajaan Langit’ kini menjadi perhatian kerajaan

Kata Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah, dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Beliau menyatakan, “Maklumat berkenaan sedang dalam proses tindakan oleh pihak berwajib,”

Percubaan hidupkan semula ajaran sesat ayah pin dalam radar kerajaan

ketika dihubungi oleh Bernama mengenai dakwaan cubaan menghidupkan semula ajaran sesat tersebut di kawasan Besut.

Sebelum ini, sebuah hantaran di laman Facebook ‘Imam Muda Kulan’ mendedahkan bahawa ajaran Ayah Pin, atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad, cuba dihidupkan semula oleh beberapa individu di sekitar Besut.

Pada tahun 1997, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) telah mengeluarkan fatwa menyatakan bahawa ajaran tersebut adalah sesat, selaras dengan Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986.

BACA: Keliru tak tahu kadar zakat yang mana nak bayar? tapi dirumah guna beras import, ini jawapan pakar