Perarakan pemuda parti politik undang kegelisahan ramai, sekali Menteri Agama bersuara

Oleh INFORAKYAT

Perarakan pemuda parti politik undang kegelisahan ramai, sekali Menteri Agama bersuara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar memberi respon tersebut berkenaan penganjuran program perhimpunan pemuda yang berarak menggunakan simbol keagamaan Islam.

Katanya, perarakan tersebut telah menimbulkan pelbagai persepsi dan kegelisahan masyarakat.

Perarakan pemuda parti politik undang kegelisahan ramai, sekali Menteri Agama bersuara

“Pada hemat saya tindakan berarak dengan kaedah tersebut adalah tidak wajar dan boleh memberikan gambaran yang tidak baik kepada agama Islam dan negara.

“Adalah lebih baik penganjur menonjolkan nilai-nilai Islam yang bersifat damai, mengajak kepada perpaduan dan kesejahteraan,” katanya hari ini.

Mohd Naim berkata, pihaknya berpandangan perkara tersebut perlu diserahkan kepada pihak berkuasa bagi siasatan serta sebarang tindakan sekiranya penganjur menyalahi peraturan keselamatan negara.

“Semua pihak bertanggungjawab untuk menyeru kepada keamanan dan keharmonian dalam masyarakat.

“Sebarang tindakan yang boleh mengundang kegelisahan awam perlu dielak,” katanya.

Sebelum ini tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukan perarakan sekumpulan individu memakai kostum bersama replika senjata yang menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat.

BACA:

“Kenapa? Tak cukup makan kat sini ke? bila mendengar jawapan anak muridnya, cikgu ini sebak serta-merta menyerang dada

“Selayang kami punya kawasan, our territory tak boleh bangsa lain kacau melayu ka cina ka india ka”, rohingya tuntut hak pelarian