Penyokong Najib desak Umno keluar PN

Penyokong Najib desak Umno keluar PN

Selepas Mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak didapati bersalah oleh mahkamah, para penyokong Najib berang dan tidak berpuas hati.

Salah seorang penyokong yang mendakwa ahli Umno, beliau berkata Najib telah difitnah dan dianiaya oleh Tun Dr Mahathir.

Tegasnya, Mahathir jangan ingat kuasa di tangan, beliau boleh membuat sewenang-wenangnya tanpa mengikut perlembagaan dan perundangan negara.

Beliau juga mendesak agar Umno berani untuk keluar daripada Perikatan Nasional.

“Hari ini selaku ahli parti Umno yang mendokong Barisan Nasional mendesak Presiden Umno mengarahkan semua ahli parlimen BN keluar daripada Perikatan Nasional,” katanya seperti yang dipetik daripada video yang disiarkan oleh Johor Kini.

Individu itu juga menggelar Perdana Menteri, Dato’ Seri Muhyiddin Yassin sebagai pengkhianat dan mencabar pemimpin itu berjumpa dengan beliau.

“Saya berani cabar Muhyidddin jumpa saya. Saya kenal siapa muhyiddin.

“Dengan Osman saad dia khianat, dengan Mahathir dia khianat, dengan Najib dia khianat. Adakah rakyat nak Perdana Menteri berjiwa perkhianat?,” katanya.

[video width="640" height="360" mp4="https://inforakyat.net/wp-content/uploads/2020/07/10000000_284359882841407_5319006997624032848_n.mp4"][/video]

Berita penuh : https://perakinsights.com/2020/07/28/video-selepas-najib-didapati-bersalah-penyokong-desak-umno-keluar-pn/

COMMENTS