Penyelidik terkejut temui spesies yang telah pupus dalam lubang misteri di China

Penyelidik terkejut temui spesies yang telah pupus dalam lubang misteri di China. Ekspedisi penyelidikan yang dilakukan terhadap satu gua atau lubang misteri yang terletak di wilayah Yunnan, China telah merekodkan penemuan yang luar biasa. Para penyelidik yang datang ke lubang tersebut telah membuat beberapa penemuan spesis-spesis tumbuhan yang unik dan jarang ditemui.

Penyelidik terkejut temui spesies yang telah pupus dalam lubang misteri di China

Malah, salah satu penemuan mereka yang sangat menarik adalah tumbuhan spesis Whytockia chiritiflora, yang kali terakhir direkodkan oleh ahli botani Inggeris pada 128 tahun lalu iaitu pada tahun 1893.

Penyelidik terkejut temui spesies yang telah pupus dalam lubang misteri di China

3 bulan sebelumnya, para penyelidik dariInstitut Botani Kunming juga telah menemui dua spesies tumbuhan unik iaitu Petrocosmea grandiflora dan Elaeagnus bambusetorum, yang menurut rekod ianya tidak dapat lagi ditemui selama lebih dari 100 tahun lalu.

Penyelidik terkejut temui spesies yang telah pupus dalam lubang misteri di China

Tempat atau lokasi lubang misteri ini yang terasing dari dunia luar menjadi salah satu faktor ianya menjadi tempat perlindungan yang sesuai untuk pelbagai jenis tumbuhan dan juga haiwan.

Penyelidik terkejut temui spesies yang telah pupus dalam lubang misteri di China

Para penyelidik akan meneruskan ekpedisi dan kajian mereka kerana mereka percaya ianya dapat memainkan peranan penting dalam usaha memelihara spesis yang terancam di muka Bumi ini.

VIDEO:

Selain daripada lubang misteri di wilayah Yunnan, China, kumpulan penyelidik ini juga merancang untuk meneroka lebih banyak lagi lubang misteri yang ada dalam rantau ini pada masa akan datang.

Baca juga : Syahmi Syazli tayang rumah baru, netizen tetap rasa dia humble… Ini sebabnya…
Tempah baju kahwin dikait dengan Shuib, akhirnya Nana dedah segalanya

CATEGORIES