Penyelewengan 1MDB : Terima kasih kerajaan Pakatan Harapan

Penyelewengan 1MDB : Terima kasih kerajaan Pakatan Harapan

KENYATAAN MEDIA BIRO UNDANG-UNDANG PARTI AMANAH NEGARA (KANUN)

PENYELEWENGAN 1MDB: TERIMA KASIH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

KANUN mengikuti rapat pengumuman Pejabat Perdana Menteri yang disusuli dengan kenyataan rasmi Menteri Kewangan berkenaan pembayaran balik sejumlah US$300 juta bersamaan dengan lebih kurang RM1.3 billion. Sehingga hari ini, dana 1MDB yang telah dikembalikan adalah lebih kurang RM2.6 billion atau US$620 juta.

KANUN menganggap bahawa pemulangan sejumlah besar dana negara milik rakyat Malaysia ini harusnya diberi penghargaan pada mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan kumpulannya dalam Jabatan Peguam Negara juga kerajaan Pakatan Harapan atas usaha keras selama hampir 22 bulan walaupun ianya gagal diterjemahkan dalam kenyataan media Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

KANUN juga berpandangan bahawa pendapat mereka yang kini berada dalam kerajaan bahawa kononnya skandal 1MDB hanyalah rekaan PH semata-mata dan mereka yang dahulunya berpuas hati haruslah menerima hakikat bahawa skandal 1MDB adalah skandal kleptokrasi terbesar dalam sejarah dunia.

Akhirnya, KANUN mendesak supaya dana rakyat ini dapat dibelanjakan oleh kerajaan dengan berhemah dan diberikan kepada rakyat lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang amat mencabar ini.

#KitaJagaKita

15 April 2020

Fadhli Umar Aminolhuda
Naib Pengerusi 3 KANUN