Penyatuan Ummah hanya agenda palsu Pas yang kemaruk kuasa – Salahuddin

Penyatuan Ummah hanya agenda palsu Pas yang kemaruk kuasa Salahuddin

Penyatuan Ummah hanya agenda palsu Pas yang kemaruk kuasa – Salahuddin. KENYATAAN MEDIA OLEH PUSAT MEDIA PAKATAN HARAPAN

‘PENYATUAN UMMAH’ HANYA AGENDA PALSU PAS YANG KEMARUK KUASA

Menjelang pilihan raya umum yang bakal diadakan pada bila-bila masa, PAS semakin bergelut untuk memastikan kedudukannya dalam kerajaan tidak terlepas.

Demi kemaruk kuasa dan jawatan, PAS akan sanggup mendekati sesiapa sahaja termasuklah golongan dan pemimpin parti yang sedang dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan rasuah.

Tentulah ini bercanggah dengan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menolak golongan perasuah. Tetapi demi kuasa, PAS tidak peduli semua itu walaupun tindakan ini menjatuhkan maruah sendiri.

Penyatuan Ummah hanya agenda palsu Pas yang kemaruk kuasa - Salahuddin

Demi kuasa juga, PAS sanggup mencuci segala kekotoran yang pernah dilempar sendiri oleh PAS sebelum ini terhadap MCA dan Gerakan yang menolak hudud.

Oleh itu, PAS semakin rancak bergendang tentang penyatuan ummah atau Muafakat Nasional yang merupakan agenda yang pernah digunakan untuk bersatu dengan UMNO bagi menjatuhkan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Selepas agenda itu berhasil melalui pengkhianatan Langkah Sheraton, penyatuan ummah sudah tidak kedengaran lagi kerana masing-masing bernafsu dengan pangkat dan jawatan.

Sepanjang PAS berada dalam kerajaan, tiada pencapaian yang membanggakan berjaya diraih untuk meninggikan kedudukan dan martabat orang Melayu dan Islam dalam negara ini.

Malah RUU355 yang pernah dijadikan alat untuk PAS melabelkan pihak lain sebagai musuh Islam juga tidak diperjuangkan. Rata-rata nasib orang Melayu dan Islam di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang ditadbir PAS juga tidak terbela. Lihatlah apa yang dilakukan oleh Menteri Air dari PAS terhadap masalah bekalan air bersih di Kelantan.

Sebaliknya, lebih banyak kemungkaran dan maksiat yang masih berlaku termasuklah di negeri yang ditadbir oleh PAS. PAS tidak mungkin mampu untuk menjawab dakwaan ini.

DATUK SERI SALAHUDDIN AYUB
Timbalan Presiden AMANAH
Ahli Parlimen Pulai

Pada 3 Oktober 2022

BACA:

Nissan Almera terlompat -lompat atas jalan tarik perhatian, rupanya ini berlaku

Bubar Parlimen: Tular PM menghadap Agong hari ini, ini respon Istana

Najwa Latif anggap dirinya tak cantik, tak layak sertai pertandingan nyanyian

CATEGORIES