Penyanyi terkenal kantoi bayar pelacur RM59K, sekali bekas isteri buka purdah buat ramai lelaki terpesona.
KETIKA kemelut rumah tangga masih belum berkesudahan, isteri kepada penyanyi Virgoun
Inara Rusli sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila membuat keputusan untuk tidak lagi memakai niqab atau purdah.
Dalam satu sidang media yang berlangsung pada Khamis, Inara kembali melepaskan bahagian yang menutupi separuh muka itu atas alasan supaya dapat kembali bekerja.
Kata Inara, 30, yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Bexxa, keputusan tersebut dibuat demi meneruskan kelangsungan hidup bersama anak-anak.
“Terus-terang saya mengalami pergolakan rumah tangga yang amat dahsyat. Walau apa pun yang berlaku saya tetap akan berjuang demi anak-anak.
“Sekarang saya mahu hidup sendiri dan bekerja demi anak-anak. Aku harus membuka niqab,” katanya.
Dia sebelum itu telah mendapatkan pandangan beberapa orang yang arif dalam bidang agama tentang hal tersebut.
Virgoun memfailakn cerai terhadap Inara pada awal April lalu.
Tambah Inara dia juga tidak pernah ambil peduli dengan kecaman yang bakal diterima susulan mengambil keputusan untuk kembali aktif dalam dunia seni.
“Semoga netizen tidak buruk sangka kerana saya berjuang demi anak-anak. Jika dibuli netizen juga tiada erti buat saya,” jelasnya.
BACA:
‘Depan anak 3 tahun, suami buat onar’, sekali lain pula yang jadi bila jiran dedah kisah sebenar