Penyakit misteri Ustaz Kazim akhirnya pulih

Penyakit misteri Ustaz Kazim akhirnya pulih

Penyakit misteri Ustaz Kazim akhirnya pulih. Pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim selesai menjalani rawatan di salah sebuah hospital di Serdang baru-baru ini dan mendapat kerjasama dari Institut Penyelidikan Penyakit (IMR) berhubung penyakit misteri yang melandanya.

Kazim ketika dihubungi berkata, menurut laporan yang dikeluarkan oleh IMR, pihak mereka tidak mendapati sebarang jangkitan kuman atau virus ketika menjalankan ujian terhadap sampel kulitnya itu.

“Saya baru menjalani rawatan di salah sebuah hospital di Serdang dan mendapat kerjasama daripada pegawai di Institut Penyelidikan Penyakit (IMR). Saya juga dah dapat keputusan darah dan berkenaan dengan sakit saya baru ini.

“Pihak IMR sudah mengeluarkan laporan tentang kulit saya dan ia negatif daripada sebarang bakteria, virus, ‘scabies’ dan juga parasit. Jadi, saya tengah tunggu keputusan biopsi yang dilakukan oleh pihak hospital.

“Mereka dah ambil sampel kulit saya dan memang tak ada sebarang bakteria, virus dan sebagainya di kulit saya itu. Kita tunggu satu lagi keputusan biopsi daripada pihak hospital,” katanya kepada Harian Metro.

Penyakit misteri Ustaz Kazim akhirnya pulih

Bagaimanapun, dia bersyukur apabila rawatan yang dijalankan sebelum ini sudah mula menampakkan hasil positif terhadap luka pada kulitnya itu.

“Setakat ini tak adalah perubahan yang drastik, cuma kulit saya sekarang dah kering, luka-luka dah kering cuma meninggalkan parut saja.

“Daripada sebelum ini dah nampak banyak perubahan. Kalau dulu tiba-tiba keluar darah daripada badan, sekarang alhamdulillah nampak baik dan tak ada lagi dah darah yang keluar. Dalam perkembangan lain, Kazim lega apabila dia dapat kembali turun ke lapangan bagi meneruskan kerja-kerja dakwah seperti sebelum ini dan perlu memenuhi beberapa undangan dari stesyen televisyen.

“Alhamdulillah, esok saya akan ke Langkawi selama tiga hari, kemudian ke Pulau Pinang sampai hari Ahad dan Insya-Allah pada 30 Jun ini saya akan bersiaran langsung di Forum Perdana Hal Ehwal Islam.

“Seterusnya 1 Julai di program Tanyalah Ustaz TV3. Alhamdulillah saya dah boleh bergerak macam dulu balik walaupun dalam 70 ke 80 peratus saja. Tapi saya tetap bersyukur pada Allah,” katanya.

Terdahulu, Kazim mengalami sakit misteri sehingga mengakibatkan luka dan pendarahan teruk pada kulitnya. Setakat ini, seramai 15 orang doktor pakar dan 10 orang pakar perubatan Islam yang hadir memberikan rawatan terhadapnya.

BACA:

Bola sepak : Bangladesh balas dendam, belasah Malaysia 6-0

Orang ramai puji suara Ira Kazar sedap menyanyi, lirik lagu pula tarik perhatian

Tajuddin dipecat dari Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno

CATEGORIES