Penumpang dari Sabah tunggu hampir 6 jam untuk proses swab test di KLIA

Penumpang dari Sabah tunggu hampir 6 jam untuk proses swab test di KLIA

Dikumpulkan di Gate A2 (Flight yang lain mungkin dihimpunkan di gate yang berbeda),

Selepas 2 jam menunggu sejak ‘landing’ – Ada kakitangan MAS edar Borang KKM (menunggu giliran sebab ada penerbangan lain yang dah sampai lebih awal sedang diuruskan & utk mengelak dari kesesakan),

Isi 3 jenis Borang (Jika anda adalah Penjaga (@ ibu Bapa yang bawa anak), maka ada 1 Borang tambahan lg kena isi utk anak @ OKU yang dalam jagaan),

[KLU : Bila dah isi Borang maknanya dalam 10-15 minit lagi akan bergerak beramai2 ke Checkpoint seterusnya],

Berbaris seperti dalam gambar (yang ada garisan penjarakan sosial warna kuning) dalam 20 minit,

Imbas Suhu Badan (Scan Haba yang Canggih!),

Berbaris & beratur lagi (yang ni lama sikit berdiri & akan ada frontliner bantu tengok Borang & bagi sticker) – Masa diambil lebih kurang 40 minit,

Kaunter untok Semak Borang & ditemuduga ringkas oleh Doktor mengenai sejarah & rekod kesihatan serta perubatan,

Swab (mulut & hidung) – Frontliners KKM memang terbaik! Peramah, Cepat & Profesional. TABIK SPRING. Tak sampai 1 minit SELESAI.

Hantar Borang Annex 14b & 10a ke kaunter yang dikhaskan (di sini kena tunggu nama dipanggil) – Ini pun lama juga dlm 1 jam++,

Bila nama dipanggil – Akan diterangkan Dos & don’t (Pantang larang kuarantin 14 hari) – Di sini akan dipasangkan gelang PINK!, dan
Akhirnya, daaaaa SIAP! (Selamat berkuarantin secara kendiri).

TAMMAT.

[ NOTA : Keseluruhan masa (setelah tiba di KLIA – sehingga keluar) lebih kurang 4 jam 30 minit ++ < 6jam. Utk diri saya, 5 jam 21 minit masa diambil, Alhamdulillah ].
SEMOGA BERMANFAAT 🤲🏻

Abang Ahmad Kerdee

Sumber :

PROSES SWAB @KLIA BUAT SEMUA YANG DATANG DARI SABAH✅ Dikumpulkan di Gate A2 (Flight yang lain mungkin dihimpunkan di…

Posted by Abang Ahmad Kerdee on Sunday, September 27, 2020

COMMENTS