Penulis pro Pas surrender backup Menteri, minta dikenakan tindakan

Penulis pro Pas surrender backup Menteri, minta dikenakan tindakan

OK. Kesimpulannya, mahacai mahu menteri dihukum dan letak jawatan. Ada yang mahu dihukum hudud kepada menteri. Walaun pula pakat divert kepada isu Teresa iri hati, character assasination, salah DAP bagai.

Yang salah tetap salah. Serah kepada pihak berwajib untuk selesaikan. Duk debat banyak-banyak, buang masa. Ya, lah kan… musuh politik mesti nak kitai sampai lunyai. Penyokong pula nak backup habis-habisan.

Bagi saya, tak perlu keterlaluan membackup, tak perlu keterlaluan menghukum. Kena denda atau tidak, kita sama-sama doa semoga Menteri itu tidaklah positif (dah lebih 14 hari dah balik dari Turki) dan tiada kluster at-Takiri. Ka mahacai pakat doa supaya ada kluster at-Takiri supaya menteri itu kena benam terus? Jahat giler ah kalau doa korang sampai macam tu 😄.

Semoga menteri-menteri dan sesiapa sahaja tidak cuai dalam pematuhan SOP Kuarantin seperti yang ditetapkan. Dalam dunia ini, tak ada keadilan 100%. Terlepas kat dunia, di akhirat pasti kena. Kita follow setakat kuasa yang kita ada, dan pertikai setakat mampu saja. Sampai nak bergaduh sesama sendiri pulak apa ada hal?

Sekian

Sumber :

COMMENTS