Penulis PhD PAS ‘kena sekolah’ dengan bekas pegawai Jabatan Peguam Negara

Penulis PhD PAS ‘kena sekolah’ dengan bekas pegawai Jabatan Peguam Negara

Hari ini pakar penulis Harakahdaily ditegur oleh sebahagian netizen di ruangan komen facebook pemilik akaun Zamri Zainal Abidin.

Menerusi facebook Zamri Zainal Abidin yang memuat naik statusnya;-

Pemandu mabuk

Dr. Kamarul Yusoff … Untuk pengetahuan tuan yang bijaksana proses pembentangan sesuatu RUU di parlimen itu tidak mudah. Banyak peringkat penyediaan bermula dari kajian, jawatankuasa teknikal sampailah kepada peringkat penyediaan sighah (meminjam istilah bahasa Arab sedikit; boleh rujuk kamus) dan dibentangkan di parlimen. Proses itu sama juga rumitnya seperti seorang ahli akademik mendidik dan menilai sesuatu tesis atau penyelidikan sebelum diberi kelulusan di setiap peringkat wahai Dr. Kamarul yang bijaksana. Apatah lagi RUU di parlimen yang melibatkan banyak aspek kenegaraan hatta kepada persoalan nyawa rakyat. Maka lebih-lebih lagi rumitnya.

Sekadar hendak mengata dan ‘menembak’ rambang itu boleh sahaja tapi jangan sampai menampakkan kedangkalan diri sendiri. Untuk rekod Tuan Anthony Loke sendiri sudah awal-awal lagi membalas tudingan dan tembakan orang kepada dia dalam hal ini.

https://www.facebook.com/129323924541/posts/10157393045184542/

Pada pandangan saya masalah pemandu mabuk ini bukan boleh diatasi melalui RTA sahaja. Ini kerana apabila seseorang itu mabuk dia sudah tidak ingat apa-apa lagi, sebutlah 20 tahun penjarakah hatta 100 tahun sekalipun. Bahkan dia tidak akan mengaku diri sendiri mabuk sekalipun.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/01/29/loke-heavier-penalties-soon-for-reckless-driving-dui-offences

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/02/13/govt-considering-20-year-jail-sentence-for-reckless-drunk-drivers

Idealnya untuk mengatasi masalah ialah kawalan ke atas produk arak itu sendiri. Teramat ideal ialah arak itu diharamkan sama sekali di Malaysia.

Sekarang cuba kita fokuskan pandangan kepada kementerian manakah pula yang boleh memulakan proses untuk pengharaman arak di Malaysia. Jika hanya menuding atau memandang tajam kepada Kementerian Pengangkutan sahaja untuk menangani masalah pemandu mabuk saya kira kita telah silap fokus.

Fokus sebenarnya adalah kepada punca manusia (bukan sahaja pemandu) jadi mabuk iaitu ARAK. Sebab itu isunya bagaimana hendak hapuskan arak bukan semata-mata membanteras pemandu mabuk. Apabila manusia mabuk dia bukan sahaja memudaratkan jalan raya malah rumahtangga dan masyarakat sekitar. Inilah dia mantiq kitaran isunya.

Pendekata 22 bulan memerintah saya akui PH tidak sempat untuk melakukan ‘review’ semua kitaran ini. Saya pun tidak nampak PN akan mampu menyelesaikannya walaupun terdapat tiga orang bertaraf ulama’ menjadi Menteri di dalam kabinetnya. Sebab itu saya tidak cenderung pun untuk menuding kepada sesiapa dalam isu pemandu mabuk selagi root issue tidak dihapuskan.

Cuma adat dalam politik ini, sifirnya, “dah kamu mengata kami pun balas balik.” Ke guano?

#Nah… Selepas ini nama saya akan dituduh dan dijaja sebagai Ustaz pembela DAP dah. Nak buat macam mana di Malaysia ini kita sering salah fokus atau tiada fokus. Dari peringkat rakyat hatta kepada ahli akademik dan ‘lawmakers’ pun fokus sering lari. Nasib lah…

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10222588540050517&id=1482237311

Selepas itu, Dr Kamarul membalas di ruangan komen dengan menulis;-

Ok je, saya faham proses tu dan bab kawalan ke atas arak tu sendiri, cuma saya cakap bab komitmen yang dibuat je, Zamri Zainal Abidin. Spesifiknya, yang saya query ialah kenapa Menteri tak ada buat apa satu dari 11 Julai 2018 ke 29 Januari 2020 sedangkan pada 11 Julai 2018 lagi dia dah janji nak pinda? Kenapa 29 Januari 2020 baru terhegeh-hegeh nak minta izin dari Kabinet untuk nak pinda?

Lalu persoalan yang dikemukakan oleh Dr Kamarul di jawab oleh pemilik akaun Liyana Marzuki;-

Kamarul Yusoff sorry prof. Saya bekerja dengan AGC sepuluh tahun. Masa dengan DS ismail sabri saya tolong dia untuk gubal dan bentang RUU di Parlimen. 1 RUU makan tahun yer. Kalau pindaan sekurang2 nya setahun atau dua tahun. Boleh tanya mana2 Pegawai AGC.

Sembang memang senang. Yang nak membuat tu. at least YB Loke usaha nak buat pindaan dalam masa kurang 2 tahun. Ada RUU sebagai contoh AKTA persaingan sampai 15 tahun baru dibentangkan Di Parlimen

Nak tanya kes pemandu mabuk ni zaman PH je ke. Zaman BN dulu takde ka? Sure ada juga. Why takde pindaan dibuat masa tu?

Konklusi saya senang, propaganda agama dan kaum nak menakutkan rakyat.

As a PhD holder in science politics I expect more from you sir. But too bad, you’re biased. Not academical in giving thoughts

You should help us to see the issue through. Not to be partisan. To be fair. Shaping rakyat’s mind on facts and truth.

You let me down prof.

Iskandar Mat Elle Ross I’ve let it out of my system

Ghazaliey Othman:
Kamarul Yusoff ….Saya belum pernah nmpk pemegang PHD sejahil ni. Ini lah manusia pertama saya lihat.

Muhamad Nadzir Johari:
Setuju betul-betul keras hatimu Kamarul Yusoff, semua kau nak salahkan DAP kau tak nak terima lebai PAS dah jadi kerajaang tetapi takut nak bersidang lebih dari sehari demi akta JPJ bagi pemandu mabuk, kau asyik nak ratib salahkan DAP. sudahkah kau lupa jelingan Tun M kepada kau dikejadian petang itu?

Boleh rujuk ke akaun Facebook Zamri Zainal Abidin untuk melihat hujah seorang professor yang sering menulis di Harakahdaily.

Sumber :

COMMENTS