Pentaksub Pas kantoi, nak backup menteri tak kuarantin punya pasal

Pentaksub Pas kantoi, nak backup menteri tak kuarantin punya pasal

Kebetulan ada sahabat share, entah pentaksub mana atas nama dan gelaran Dr cuba melakukan pembelaan pada Menteri yang melanggar SOP.. Kata dia Kuarantin hanya wajib selepas 21 Julai.. Apakah diani begitu Jahil ? Beli kat mana PHD tu ?

Sebelum ni, dah ada yang bagi alasan macam tu dari kalangan Ustaz.. tapi kita faham lah tahap IQ lebai PAS.. ini sampai ke hat dikata Dr pun sama jahil.. jadi aku jawab lah..

Kalau masih ada tersimpan rezab kebodohan.. maka simpanlah sikit kebodohan itu untuk generasi penyokong PAS dan UMNO untuk masa akan datang… Meh Nak habaq mai…

KES MAKCIK PINK PADA 6 JULAI..

2- Untuk Pengetahuan kelompok yang Jahil.. Semua kes Mahkamah baru baru ini berlaku sebelum 20 Julai..Kes Makcik Pink yang didenda RM 8 ribu dan dipenjara sehari pertuduhan dia.. Sebelum pun Takiri balik dari Turki iaitu pada 6 Julai..Meh kita baca Pertuduhan dia..

” mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dengan berada di Restoran Hanaz Cafe di Halaman Meru Permai Ipoh pada pukul 8 pagi 6 Julai lalu… ”

3- KES MAMAK SIVAGANGGA 13 JULAI..

Kes Mamak Sivagangga juga berlaku sebelum 20 Julai, Dia balik 13 Julai, Meh kita baca Pertuduhan dia iaitu kesalahan pada 14 Julai… Hari yang sama Takiri berada dan Ingkar berada di Parlimen..

” tertuduh didakwa meninggalkan premis ditetapkan untuk menjalani pengawasan dan pemerhatian apabila berada di Bank Rakyat Jitra pada jam 4.40 petang dan berada di Agro Bank Jitra pada jam 3.58 petang, 14 Julai 2020… ”

4- KES KES LAIN YANG LANGGAR KUARANTIN…

Ada Bani Malayu, Pentaksub kata depa didakwa Sebab Positif, Bro kalau sampai sampai dah Positif..depa tak suruh balik rumah..depa bawa pergi Hospital terus..meh kita tengok kes lain..

pertuduhan, Maksan, 41 Dipenjara 5 Hari.., dia tiba dari Lombok, Indonesia di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), 2 Julai lalu dan diarahkan berada di bawah Perintah Pengawasan ..

Berdasarkan fakta kes, tertuduh keluar dari bilik pengasingan dalam tempoh perintah kuarantin di antara 2 Julai sehingga 18 Julai, lalu yang boleh mendatangkan risiko penularan Covid-19 di Pusat Jagaan Warga Emas Bahagia, Taman Bahagia, Kluang…

Begitu juga kes Melibatkan Juruteknik dengan nama Ramesh Kumar, dan 3 Angota Tentera yang melanggar perintah Kurantin…walhal depa ni bukan balik dari luar Negara pun… cuma balik dari Sarawak..

5- KUARANTIN WAJIB INI SEBELUM 10 JUN LAGI..

Sebenarnya Kuarantin Wajib ini berlaku sebelum 10 Jun lagi.. Malah dikata sejak perlaksanaan fasa awal PKP..Cuma bezanya bermula 10 Jun mereka dibenarkan Kuarantin Dirumah.. Bukan di kuarantin Wajib di Pusat Kuarantin Negara yang dilaksanakan sejak April..

Sapa baca tulisan aku pada 6 Jun, Ketika Ismail Sabri mengumumkan Kuarantin Wajib di rumah, Aku antara yang awal mengkritik Ismail Sabri…

6- KALAU TAKSUB PUN..JANGAN SAMPAI JAHILKAN BANI MELAYU…

Kalau yer pun taksub pada Ulama PAS, Jangan letakkan diri dari kalangan pengikut Ayah Chik seperti pengikut Ayah Pin.. Sudah sudah lah membodohkan Bani Melayu.. Jangan benda yang terang dan jelas, lagi nak dipertahankan..

Tapi tak hairan lah.. Nabi SAW dah bagi tau dah.. Akhir zaman, Bila datang fitnah dari kalangan Ulama Jahat yang diumpama kan kata kata mereka seperti gula.. tetapi hati sejahat seperti Serigala…

أَحْلَى مِنْ السُّكَّرِ وَقُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الذِّئَابِ…

” dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)”

Bila datang fitnah Ulama Jahat ni..bukan hanya orang yang jahil, lebai malang tertipu dengan mereka…. hatta Cerdik pandai, Alim Ulama, Mufti sehinggakan bergelar Dr pun habis semua ditipu si Ulama Jahat ni.. Apa yan disebutkan di dalam hadis ?

لَأَبْعَثَنَّ عَلَى أُولَئِكَ مِنْهُمْ فِتْنَةً تَدَعُ الْحَلِيمَ مِنْهُمْ حَيْرَانًا..

” Aku akan mengirim bencana dari antara mereka sendiri yang menjadikan orang-orang yang baik, cerdik pandai menjadi kebingungan (apalagi selain mereka) sehingga mereka tidak mampu melepaskan diri darinya….”

Nampak tak apa yang berlaku dihadapan kita hari ini ? Inilah hikmah besar dari tertubuhnya Kerajaan tebuk Atap.. Kalau tak berlaku kerja Khianat ni..kita takkan Nampak.. 🙂

Ipohmali

21.ogos.2020

Sumber :

COMMENTS