Penolakan usul beri persepsi buruk pada Speaker

Penolakan usul beri persepsi buruk pada Speaker

Yang diPertua Dewan Rakyat Mohamad Arif Md Yusuf telah menolak kedua-dua permohonan untuk mengemukakan usul di sidang parlimen 18 Mei ini yang mempunyai motif untuk menggugat dan menjatuhkan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Permohonan untuk mengemukakan usul itu dibawa oleh ahli parlimen Semporna Mohd Shafei Afdal, ditolak atas alasan ia menyentuh kuasa Yang diPertuan Agong dalam melantik perdana menteri, manakala satu permohonan dibuat oleh ahli Parlimen Langkawi Mahathir Mohamad yang dibuat menurut Mohamad Arif tidak mengikut peraturan sepatutnya.Maka ia ditolak.

Dengan penolakan itu, kedudukan Mohamad Arif sebagai Yang diPertua Dewan juga kekal. Sekiranya beliau mengetahui pelantikannya di situ atas elemen politik, sebab beliau daripada rahim Amanah, wajar dan bermaruah kalau Mohamad Arif berundur secara terhormat.

Sama ada beliau bertindak mengikut peraturan dan tanggungjawabnya sebagai seorang Speaker yang betul ia tidak berbangkit kerana persepsi di atas apa yang berlaku itu ke atasnya sangat buruk. Beliau sudah dituding dengan jari yang “gerekuk.”

Menjadi Yang diPertua Dewan sangat berbeza dengan menjadi Hakim walaupun bentuk dan maksud tukul diatas meja Hakim dan meja Speaker itu sama bentuknya. Trims.

Sumber :

COMMENTS