Penjaja makanan didenda RM3,000 kerana hina Agong di aplikasi X

Oleh DAHLIA MARZUKI

Seorang peniaga gerai makanan dijatuhi denda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku bersalah menerbitkan hantaran berbaur hasutan di aplikasi X, yang menghina Yang di-Pertuan Agong pada minggu lepas.

Hakim Hazeelia Muhammad memutuskan hukuman itu setelah tertuduh, Zaidi Mat Sah, 56, mengakui kesalahannya.

Mahkamah turut memerintahkan Zaidi dipenjarakan selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan.

Zaidi didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 kerana menerbitkan kenyataan menghasut di aplikasi X miliknya pada 29 Disember lalu,

Berlaku sekitar jam 5.45 pagi, di sebuah rumah di Taman Sutera, Johor

Penjaja makanan didenda RM3,000 kerana hina Agong di aplikasi X

. Tindakan tersebut menyebabkan pengadu merasa kenyataan tersebut mempunyai unsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang merosakkan imej institusi diraja.

Pengadu yang melihat hantaran itu segera membuat laporan polis pada 30 Disember, dan selepas siasatan dilakukan, didapati akaun yang digunakan untuk menerbitkan kenyataan tersebut adalah milik Zaidi. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga mengesahkan bahawa akaun X tersebut adalah milik tertuduh.

Dalam perbicaraan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan beliau hanya seorang penjaja makanan tepi jalan yang perlu menanggung keluarga, termasuk ibu yang uzur dan anak yang menghidap autisme. Zaidi mengakui kesalahannya dan menyatakan bahawa hantaran tersebut bukanlah karangannya sendiri, tetapi hanya “repost” dari orang lain tanpa menyedari kesan tindakannya.

“Saya tidak tahu bahawa saya sedang menghina Yang di-Pertuan Agong. Saya mohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Saya tidak mampu untuk dipenjarakan kerana saya adalah satu-satunya pencari nafkah untuk keluarga,” kata Zaidi dalam rayuannya.

Namun, Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Abdul Ghafar Abdul Latif, menyatakan bahawa kesalahan ini adalah serius kerana ia melibatkan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang juga Sultan Johor.

Beliau memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada pengguna media sosial agar lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat.

Akhirnya, hakim menjatuhkan denda RM3,000 dan memberi amaran bahawa sekiranya tertuduh gagal membayar denda tersebut, beliau akan dipenjara selama enam bulan.

BACA: 2 beradik cari ibu kandung lama menghilang, rupanya dah 3 tahun meninggal dunia