Pening sambung belajar terpaksa pinjam ptptn? Ini rahsia sambung belajar tanpa guna pinjaman

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Masa depan anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa, jadi penting untuk kita merancang perjalanan pendidikan mereka seawal mungkin.

Kami yakin ramai ibu bapa yang telah mengambil berat tentang hal ini sejak anak-anak masih kecil.

Untuk memudahkan anda, kami ingin kongsikan beberapa tips yang boleh membantu.

4 Tips untuk Merancang Kewangan bagi Pendidikan Anak

1. Rancang Perbelanjaan Pendidikan

Pening sambung belajar terpaksa pinjam ptptn? Ini rahsia sambung belajar tanpa guna pinjaman

Buat anggaran untuk perbelanjaan pendidikan, termasuk yuran pengajian, buku, dan keperluan lain. Rancang kewangan dengan bijak untuk mengelakkan pembaziran.

2. Simpan Seawal Mungkin

Mulakan tabungan pendidikan seawal mungkin. Buka akaun simpanan khusus untuk pendidikan anak dan tambahkan sedikit demi sedikit setiap bulan.

3. Pilih Institusi Pendidikan yang Bersesuaian

Pertimbangkan institusi yang menawarkan pendidikan berkualiti dengan yuran yang berpatutan. Bandingkan kos pendidikan antara universiti dan kolej.

4. Pilih Tabung Simpanan yang Dipercayai dan Memberi Pulangan Baik

Tabung simpanan pendidikan adalah platform terbaik untuk menabung bagi anak-anak, terutama simpanan yang menawarkan manfaat takaful dan dividen yang kompetitif, seperti yang ditawarkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui produk Simpan SSPN.

Menabung dengan Simpan SSPN!

Bagi yang belum tahu, Simpan SSPN bukan sekadar akaun simpanan biasa, sebaliknya menawarkan pelbagai keistimewaan serta manfaat.

Ia termasuk perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif, dan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun.

Simpan SSPN juga adalah simpanan yang patuh syariah dan dijamin oleh Kerajaan.

BACA: Auntie Anne’s Mid Valley ditutup selepas pecat pekerja cemar bahan masakan