Pening dengan ragam pelanggan dak Ain sekolahkan mereka

Oleh AHMAD SULAIMAN

Menjadi peniaga makanan bukanlah tugas yang mudah, apatah lagi dalam keadaan kos bahan mentah yang semakin meningkat.

Namun, cabaran utama tetap datang daripada ragam pelanggan yang pelbagai.

Walaupun harga makanan sudah cukup berpatutan, ada sahaja permintaan yang kadang-kadang melampaui batas logik.

Inilah yang dialami seorang peniaga makanan di Bukit Lintang, Melaka, yang dikenali sebagai Ain.

Gelagatnya menasihati pelanggan dalam nada bersahaja tetapi tegas telah menarik perhatian ramai setelah videonya tular di TikTok.

Pening dengan ragam pelanggan dak Ain sekolahkan mereka

“Semua RM3, Tapi Nak Kos Hantar Percuma?”

Dalam video yang dikongsikan di TikTok (@the3ringgit), Ain menjelaskan semua makanan di kedainya dijual dengan harga serendah RM3.

Namun, ada pelanggan yang meminta kos penghantaran percuma, permintaan yang membuat Ain terpanggil untuk memberi teguran.

“Kita tak ada free Lalamove dik. Akak dah jual murah, jangan merentan-rentan. Semua nak percuma je hidup kau. Kalau tak nak bayar, datang pick up sendiri dekat kedai,” katanya dengan gaya bersahaja.

“Nak Udang Saja? Ini RM3, Bukan RM30!”
Lebih mencuit hati, Ain turut berkongsi ada pelanggan yang hanya mahukan udang dalam menu Shell Out berharga RM3.

“’Akak, saya tak suka makan cengkerang-cengkerang, saya nak udang je.’ Ini RM3 ya, bukan RM30. Akak dah jual cukup murah, jangan nak request yang bukan-bukan,” ujarnya sambil berseloroh.

Video Tular, Netizen Terhibur
Video Ain yang kini mencecah lebih 2.5 juta tontonan di TikTok dan turut dikongsikan di platform X, mencuri perhatian netizen. Ramai yang terhibur dengan cara Ain menegur pelanggan tanpa mengguris hati.

Rata-rata pengguna media sosial memuji ketegasan Ain dan tidak menyangka masih ada individu yang sanggup membuat permintaan tidak masuk akal.

“Harga RM3 dah cukup murah. Nak kos penghantaran percuma pula? Memang tak patut,” komen seorang pengguna.

Ada juga yang berkongsi pengalaman berkunjung ke gerai Ain dan memuji kualiti makanan serta keramahan peniaga tersebut.

Bukti Peniaga Kecil Tetap Tabah

Kisah ini menjadi bukti bagaimana peniaga kecil seperti Ain berusaha memberikan yang terbaik walaupun berdepan cabaran.

Dengan gaya bersahaja tetapi penuh keyakinan, Ain berjaya mencipta gelombang positif sambil memberikan peringatan kepada pelanggan tentang erti menghargai usaha orang lain.

Jadi, jika anda berada di Melaka, jangan lupa singgah ke gerai Ain untuk menikmati hidangan RM3 yang berbaloi sambil menyokong perniagaan kecil tempatan

BACA: Lelaki ini dapat wang palsu dari ATM, tapi apa yang berlaku selepas itu lebih mengejutkan!”