Peniaga kuih dan roti canai ‘hampir gila’ tengok bekalan tepung berkurang

Oleh INFORAKYAT

Peniaga kuih dan roti canai ‘hampir gila’ tengok bekalan tepung berkurang. Musim ‘kemarau’ bagi bekalan tepung gandum kembali lagi apabila golongan peruncit mula berdepan keresahan setelah pihak pemborong mendakwa stok bahan mentah itu hanya mampu bertahan setakat Julai ini.

Desas-desus mengenai dakwaan itu telah menimbulkan kege­lisahan dalam kalangan peruncit dan juga peniaga yang ketika ini sememangnya sukar memperoleh bekalan tersebut.

Situasi itu juga menyebabkan berlakunya kenaikan harga apabila sepeket tepung gandum satu kilogram (kg) kini dijual sehingga RM3.50 berban­ding RM2.80, manakala sekotak tepung gandum 10kg naik sehingga RM6.

Kenaikan harga dan kesukaran mendapatkan bekalan gandum sejak kebe­lakangan ini memberi kesan kepada peniaga kuih-muih dan roti canai di beberapa negeri.

Tinjauan mendapati, rata-rata peniaga bimbang de­ngan situasi itu sehingga memaksa mereka menaikkan harga kuih-muih sebanyak 20 sen sebiji bagi menampung kos-kos lain yang semakin meningkat.

Di Kota Bharu, peniaga, Hashimah Hashim terpaksa menaikkan harga jualan kuih kepada 70 sen setelah harga tepung gandum naik selepas sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Peniaga kuih dan roti canai 'hampir gila' tengok bekalan tepung berkurang

Menurutnya, jika kebanyakan kedai roti canai lain menaikkan harga roti kosong antara RM1.20 hingga RM1.40 sekeping daripada harga asal RM1, tetapi dia tetap menjual RM1 sekeping.

“Sudah tentulah ada kesannya kepada perniagaan saya berbanding peniaga lain yang lebih mendapat pulangan berbaloi.

“Namun, saya tidak mahu pelanggan yang sudah biasa makan di sini beralih ke kedai lain. Sebaliknya, pelanggan tetap memilih makan di kedai saya dengan harga makanan yang tidak dinaikkan,” katanya.

Tindakan sama juga dilakukan peniaga kuih-muih, Tarmizi Abdul Wahab, 57, apabila mengambil langkah berhati-hati dengan masih mengekalkan harga kuih 50 sen sebiji.

Tarmizi yang berniaga di Flat PKNS Shah Alam menjual kuih-muih antaranya karipap, kuih puteri ayu, pau dan donat pada harga lama.

BACA:

Orang ramai terkejut tengok wajah ibu Izara, “macam adik beradik..”

Jangan panik kalau duit hilang dalam akaun bank anda, guna cara ini

Rupanya Zara Zya dah bertunang tapi dah putus, bekas tunang cerita hal sebenar