Peniaga kongsi tip, tong gas masih boleh guna kalau ikut cara ni!

Oleh DAHLIA MARZUKI

Pastinya ramai pernah alami situasi bila tengah seronok masak, gas habis dan api pula perlahan-lahan terpadam sedangkan banyak lagi makanan perlu dimasak.

Mesti masa itulah berlari nak cari nombor telefon kedai untuk tukar tong gas, tapi biasalah nak menghantar pun ambil masa lama.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Rizal Kitchen tentang cara yang boleh dilakukan andai gas masak sudah habis,

“Hari ini saya nak kongsi tip, selalunya bila api terpadam mesti kita ingat gas dalam tong tu sebenarnya dah habis,

tapi tidak sebab masih ada gas di bahagian bawah.

Peniaga kongsi tip, tong gas masih boleh guna kalau ikut cara ni!

“Tip ni nak tunjuk yang sebenarnya gas tu masih ada dalam tong cuma ada sikit, boleh guna untuk dua ke tiga kali gorengan,” ujarnya dalam video tersebut.

Bahan-bahan:

Tong yang kehabisan gas
Air paip
Besen besar
Cara-cara:

1. Sediakan satu besen besar.

2. Isikan air paip hingga memenuhi separuh besen tersebut.

3. Letakkan tong gas ke dalam besen berisi air dan tunggu seketika.

4. Kemudian letakkan besen berisi tong gas itu di bawah dan sambungkan ia ke dapur anda.

5. Api akan muncul semula dan cara ini membolehkan anda untuk menyiapkan makanan dengan segera.

Hanya gunakan cara ini apabila terdesak ingin menyiapkan masakan sahaja, sebolehnya terus buat pesanan tong gas baru.

Rata-rata warganet mahu mencuba tip tersebut sebab selalunya terpaksa menunggu lama untuk gas baru dihantar ke rumah.

“Nanti gas masak saya dah habis saya nak cuba petua ini, terima kasih di atas perkongsian info.

“Ini kalau tengah urgent memang berguna tip ni, kalau tidak nak menunggu gas baru sampai memang terpaksa menahan lapar,” antara komen warganet.

Baca juga: Pok Teh pertikai Fattah Amin sumbang komisen RM90000 kepada asnaf dan ibu tunggal