Peniaga dah mula kenakan caj potong ayam RM2.40 seekor

Peniaga dah mula kenakan caj potong ayam RM240 seekor

Peniaga dah mula kenakan caj potong ayam RM2.40 seekor. Belum pun sempat kerajaan mengapungkan harga ayam di pasaran, pengguna-pengguna merungut kerana peniaga di Pasar Borong Selangor didakwa menaikkan harga ayam dengan taktik mengenakan harga caj potong sebanyak RM2.50.

Dengan caj potong yang dikenakan, pengguna perlu membayar pada harga lebih tinggi untuk seekor ayam.

Caj yang dikenakan itu didakwa tidak munasabah, sebaliknya dilihat sebagai pendekatan peniaga untuk menaikkan harga ayam.

Menurut pengguna yang ditemui, caj yang dikenakan itu mengejutkan kerana harga siling ayam yang baharu belum diumumkan oleh kerajaan tetapi peniaga menggunakan pelbagai taktik untuk meningkatkan harga..

Sedangkan kedai runcit masih mengekalkan harga ayam RM8.90 sekilogram dan tidak mengenakan caj potong.

Peniaga dah mula kenakan caj potong ayam RM2.40 seekor

Seorang suri rumah, Nor Ashekin Anuar, 40, mendakwa dia terkejut kerana harga ayam di Pasar Borong Selangor sudah mula dinaikkan dengan cara tersebut.

“Kalau kita tengok sekarang peniaga di pasar ini sudah menaikkan harga ikut harga mereka. Mereka sudah tetapkan harga barang ikut sesama sendiri.

“Kalau tengok sekarang ada ayam yang dinaikkan sehingga RM15 sekilogram termasuk caj potong. Kita tengok harga pasar borong dengan harga kedai runcit berbeza. Harga kedai runcit sekarang lagi murah,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Rashidah Tahir, 52, mendakwa ayam yang dibeli di pasar ini lebih mahal kerana seekor ayam kini sudah dalam anggaran RM20 lebih.

Wanita ini mengakui perbelanjaannya cukup terkesan dengan kenaikan harga barangan mentah terutama ayam.

“Kalau dimasukkan caj potong memang mahal sangat dan membebankan pengguna. Saya kena cari pilihan lain macam ikan atau udang yang lebih munasabah, ” keluh Rashidah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 24 Jun lalu berkata, kerajaan memutuskan harga ayam di pasaran negara tidak akan diapungkan, selain harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Katanya, keputusan itu adalah keprihatinan kerajaan supaya rakyat tidak dibebani tekanan berpunca kenaikan kos sara hidup ketika ini.

Untuk rekod, pada 16 Jun lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata harga ayam dijangka naik bulan depan apabila ia diapungkan ekoran berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun ini.

Ia susulan jangkaan kenaikan harga ayam, Kementerian Kewangan (MOF) sedang merangka pemberian bantuan kepada golongan memerlukan, yang akan dimuktamadkan hujung bulan ini.

Sementara itu, seorang pengguna, Azmi Saman, 54. meminta kerajaan segera membuat penetapan harga ayam yang baharu supaya pengguna tidak diperlekehkan oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Dengan lonjakan kos hidup sekarang yang cukup meresahkan, tindakan dan taktik peniaga tidak bertanggungjawab perlu dihentikan.

“Harga RM8.90 sekilogram pun terasa mahal, ini pula dikenakan pelbagai caj lain oleh peniaga.

“Saya tidak dapat bayangkan kalau harga ayam diapungkan di pasaran, tentunya harganya lebih mahal, sekali gus memberi tekanan kepada pengguna yang terpaksa menghadapi kenaikan semua harga barang.

“Kalau harga macam ini (lebih RM8.90 sekilogram) saya memang tak boleh beli, sebab mahal. Dulu kita makan ayam sebab seekor ayam dapat beberapa keping, kalau ayam pun mahal memang susahlah,” ujarnya.

Tambah Azmin, pengguna sebenarnya tak banyak pilihan sumber protein sebab ikan pun tidak kurang mahalnya.

Dalam pada itu, lensa Malaysia Gazette tidak dapat merakam papan-papan tanda harga ayam di pasar ini kerana tidak dibenarkan oleh pihak pengurusan Pasar Borong Selangor.

Menurut petugas yang mendekati wartawan, media perlu mendapatkan surat kebenaran untuk memasuki dan membuat liputan di pasar ini.

Peraturan ini mengejutkan kerana media tidak pernah dilarang memasuki pasaar-pasar lain di Lembah Kelang.

BACA:

Balik tengok ibu sakit, ramai teruja tengok MK boleh jadi imam dan ngaji quran

Bekas isteri Pengerusi Naza Group dipenjara 7 hari hanya sebab ini

Kak KM nak anak rasa pengalaman hisap rokok, teruja tunjuk di media sosial

CATEGORIES