Perkongsian Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menyentuh hati warganet apabila menceritakan pengorbanan seorang isteri
Terpaksa menggendong suaminya yang sakit menggunakan tangga dari tingkat empat rumah mereka untuk dibawa ke Hospital Serdang.
Wanita yang dikenali sebagai Nik Junainah merupakan seorang guru agama dan ibu kepada dua orang anak yang masih bersekolah.
Meskipun bekerja sebagai seorang guru, Nik tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri,
menjaga suaminya yang telah menghidap masalah kulit Psoriasis, sendi, dan hati sejak 12 tahun lalu.
“Seorang isteri yang taat pada suami tercinta, berkongsi waktu susah dan sukar. Walaupun dalam situasi sebagai seorang guru agama, tanggungjawab utamanya terhadap suami tetap dijalankan,” tulis Lembaga Zakat Selangor.
Pendapatan Nik sebagai guru digunakan untuk membiayai pinjaman perumahan, rawatan suami, dan keperluan harian keluarga. Setelah menjalankan siasatan, Lembaga Zakat Selangor mendapati keluarga ini layak didaftarkan sebagai asnaf miskin dan akan diberikan bantuan kewangan, ansuran rumah, serta bantuan perubatan bulanan untuk rawatan suaminya.
“Hasil siasatan Zakat Selangor mendapati keluarga ini layak didaftarkan sebagai asnaf miskin. InshaAllah, mereka akan menerima bantuan kewangan, ansuran rumah, serta bantuan perubatan bulanan.
Kerusi roda dan katil khas juga akan diberikan kepada suaminya,” jelas kenyataan itu.
Nik Junainah meluahkan rasa syukur atas bantuan yang diterima dan berterima kasih kepada pihak yang membantu keluarganya.
“Saya sebolehnya tak nak meminta, walaupun terasa perit, saya masih mampu menguruskan. Bukan saya sombong, tapi sebenarnya saya malu,” kata Nik.
BACA: Dakwa tak mampu bayar yuran, pelajar universiti kantoi guna RM30000 bantuan NGO untuk judi online