Penghantar makanan terkejut pelanggan melayu suka pesan makanan dari kedai tak halal

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Seorang penghantar makanan terkejut apabila mendapati seorang pelanggan wanita Melayu yang memesan makanan

dari sebuah kedai tidak halal sudah tahu bahawa kedai tersebut adalah kedai makanan Cina yang tidak halal.

Pada awalnya, penghantar makanan itu ingin mengingatkan wanita tersebut, memikirkan mungkin dia secara

tidak sengaja memesan makanan dari kedai tersebut atau terlepas pandang tentang status halal makanan.

Namun, dalam perbualan mereka, wanita itu menyatakan bahawa dia memang sering membeli makanan dari kedai tersebut.

Penghantar makanan terkejut pelanggan melayu suka pesan makanan dari kedai tak halal

Wanita itu kemudian bertanya mengapa penghantar makanan tersebut menyoal perkara itu kepadanya.

“Kenapa ye?” soal wanita itu.

Penghantar makanan tersebut menjelaskan bahawa makanan itu dimasak oleh kedai bukan halal milik peniaga Cina.

“A..a, tahu,” jawab wanita tersebut dengan selamba.

Tergamam, penghantar makanan itu berkata dia hanya ingin mengingatkan kerana tidak mahu menanggung dosa jika membiarkan pelanggan Islam makan dari kedai Cina yang tidak halal.

Wanita itu dengan tenang menjawab, “Okay, tak apa, nanti makanan tu awak gantung dekat penyangkut.”

Netizen di platform X turut terkejut dengan tindakan wanita itu. Ada yang menyatakan, “Plot twist sungguh ya.” Mereka tidak menyangka wanita itu begitu tenang dan mengakui sudah biasa makan dari kedai tersebut.

Netizen lain pula memuji penghantar makanan tersebut, menyatakan bahawa dia telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

BACa: Pemuda Pas ibarat ayam betina berkokok dalam reban sendiri – MKT Umno