Pengguna tiktok tak tahu restoran ada sijil halal, mohon maaf fitnah Agong dan PMX

Oleh DAHLIA MARZUKI

Seorang pengguna TikTok yang mengkritik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim y

Mereka yang sedang menikmati santapan tengah hari di sebuah restoran asam pedas terkenal di Johor Bahru, Johor, telah memohon maaf.

Pengguna aplikasi tersebut mengakui kesilapannya mengenai status halal restoran itu dan memohon maaf atas kenyataan yang dibuat terhadap Yang di-Pertuan Agong serta Perdana Menteri.

“Saya baru sedar bahawa restoran tersebut mempunyai sijil halal dan sepatutnya saya melakukan kajian lebih mendalam mengenai isu ini.

Saya akan lebih berhati-hati pada masa hadapan untuk mengelakkan sebarang fitnah,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik pada Isnin.

Pengguna tiktok tak tahu restoran ada sijil halal, mohon maaf fitnah Agong dan PMX

Dalam video yang sebelum ini telah dipadamkan, pengguna itu menyatakan bahawa niatnya bukan untuk menghina sesiapa, tetapi hanya untuk mengingatkan umat Islam agar tidak makan di restoran yang tidak halal.

“Jika sebuah restoran tiada sijil halal, siapa pun anda, jangan makan di situ,” ujarnya.

@ryanwong_5845 Harap lepas ini jangan mengecam saya lagi. Saya dah meminta maaf kerana sebar fitnah, nak terima atau tidak kemaafan itu terserah kepada anda. #tiktokmalaysia #isusemasa #islam ♬ bunyi asal – Rayyan Wong

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, dilaporkan berkata bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang menyiasat beberapa kandungan di media sosial yang didapati menghina Yang di-Pertuan Agong, termasuk individu yang sudah memohon maaf tersebut.

“Saya mengambil maklum bahawa individu tersebut telah memohon maaf secara terbuka dan saya harap ia menjadi pengajaran kepadanya agar tidak menohmah atau memfitnah tanpa asas kerana Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri adalah dua institusi penting dalam negara.

“Jika pihak berkuasa memutuskan untuk mengambil tindakan, saya serahkan kepada mereka. Namun, kita akan terus memantau. Jika ada aduan daripada orang ramai, MCMC akan bertindak,” katanya tegas.

BACA:lelaki maut selapas ajak lakukan aksi “ringan- ringan” ketika cuti bersama