Pengerusi PKR Sarawak umum letak jawatan

Pengerusi PKR Sarawak umum letak jawatan

Ahli Parlimen Julau, Larry Sng, melepaskan jawatan ketua PKR Sarawak, mengatakan ia patut diketuai oleh pemimpin Dayak untuk menghadapi pilihan raya negeri ke-12.

“Ya, saya akan letak jawatan,” katanya ketika dihubungi FMT.

Terdahulu, Sng di Facebook berkata kaum Dayak merupakan majoriti di Sarawak namun kawasan mereka paling miskin dan paling kurang membangun.

“Saya percaya dengan membuat perubahan ini dalam kepemimpinan parti, ia akan diterima baik dan menguatkan kredibiliti parti dalam memerangi ketaksamaan ekonomi di sektor swasta, ketaksamaan pemilihan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam, dan tekad kita dalam menangani isu tanah adat.”

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/21/larry-sng-letak-jawatan-pengerusi-pkr-sarawak/