Pengeluaran KWSP 2.0 akan dibenarkan kerajaan dalam masa terdekat?

Ini sebab utama KWSP potong gaji kita setiap bulan

Pengeluaran KWSP 2.0 akan dibenarkan kerajaan dalam masa terdekat? Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat membuat pengeluaran akaun itu sekali lagi secara bersasar, mempunyai baki akaun mencukupi untuk membuat pengeluaran.

Ia berdasarkan kajian dijalankan Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), yang mendapati 79.6 peratus daripada 136,137 pencarum KWSP memiliki baki Akaun Satu lebih RM10,000, manakala selebihnya kurang RM10,000.

Presidennya, Azmi Mohd Tahir, berkata kajian itu dijalankan selama 12 hari bermula 20 Disember lalu, bagi menyediakan data sokongan tambahan untuk tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar.

Pengeluaran KWSP 20 akan dibenarkan kerajaan dalam masa terdekat

“Daripada kaji selidik ini, ternyata pencarum KWSP yang terdesak memerlukan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar, mempunyai jumlah baki mencukupi untuk membuat pengeluaran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, PGIRM dilaporkan membawa suara 270,000 pencarum yang memohon kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar.

Permohonan daripada pencarum itu diterima melalui borang dalam talian dari Julai hingga November lalu, antaranya disebabkan desakan hidup yang sukar akibat inflasi, pengurangan pendapatan tidak seimbang dan tunggakan hutang pasca pandemik COVID-19.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, laporan kemungkinan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) secara beransur-ansur pada Januari 2023, pasti akan memberi kesan lebih teruk terhadap rakyat.

“PGIRM percaya Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cakna dan prihatin terhadap suara serta kesusahan rakyat.

“Justeru, kami berharap diberi peluang bertemu Perdana Menteri untuk memberikan penjelasan terperinci mengenai tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar ini, dalam masa terdekat.

“Rakyat khususnya pencarum, sudah teruk terhimpit dengan kesusahan. Malah, terdapat segelintir daripada mereka yang sudah dan bercadang mengambil ‘jalan pintas’ untuk menyelesaikan masalah,” katanya.

BACA JUGA :

“Perangai orang utara memang macam ni” – Isteri geram suami tak malu bawa balik nasi kenduri dalam pinggan

Qatar negara ke-7 sekat pelancong China masuk

RM22,300 milik pelajar tingkatan 6 ghaib kena tipu sindiket pelaburan

CATEGORIES