Pengawas SPM 2021 mengeluh bayaran elaun belum diterima. Dah habis SPM, tapi masih belum dapat elaun tuntutan. Itu luahan dari pengawas SPM 2021 walaupun pelajar-pelajar dah selamat terima keputusan SPM 2021.
Seorang pengawas Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021 meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa masih belum memperoleh elaun ikthisas dan elaun tuntutan perjalanan sehingga hari ini.
Guru itu meluahkan kelewatan tersebut umpama tidak menghargai pengorbanan mereka berikutan keputusan peperiksaan itu sudah lama diumumkan.
Perkara itu dikongsikan pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Anuar Ahmad dalam satu hantaran di Facebooknya semalam.
“Untuk makluman Dr., kami pengawas SPM 2021 sehingga kini masih belum mendapat elaun ikhtisas dan elaun tuntutan perjalanan dan sidang bagi bulan Mac sehingga hari ini.
“Keputusan SPM sudah keluar tetapi kami sebagai guru yang terpaksa berkorban masa cuti untuk mengawas SPM ibarat langsung tidak dihargai,” katanya.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin sebelum ini pernah mengarahkan Lembaga Peperiksaan supaya meneliti dan membayar segera elaun petugas pentaksiran dan pemeriksaan SPM 2021 itu mulai 9 Jun lepas.
BACA:
Mizz Nina luah isi hati sebenar selepas dakwaan rumah tangga bermasalah
Rasa pelik, suami nekad tinggalkan isteri selepas beranak kembar buat kali ke 5
Tajuddin mengamuk di parlimen, “mulut wanita DAP ni jahat!”