Seorang pengawal keselamatan tekad menjaga enam anak yatim piatu, sanggup berkorban tenaga dan masa demi membesarkan mereka.
Menurut laporan Harian Metro, Che Hanapi Che Hassan, 44, tidak gentar menghadapi pelbagai cabaran
Demi memastikan anak buahnya dan isteri tercinta tidak terabai.
Che Hanapi, seorang bapa kepada tiga anak dari Kampung Padang Rumbia, Pekan, mengakui kehidupannya bersama isteri,
Kamilah Yaakob, 48, dan anak-anaknya penuh kebahagiaan meskipun berdepan kekangan kewangan.
“Pendapatan saya sekitar RM1,500 sebulan, termasuk kerja lebih masa, memang tidak mencukupi untuk menampung kehidupan kami. Namun, saya percaya pada rezeki Allah SWT. Alhamdulillah, sejak menjaga mereka dari tahun 2007, kehidupan kami berjalan dengan baik.
“Dengan rezeki yang Allah kurniakan, saya dan isteri dapat memberikan pendidikan kepada mereka. Syukur atas segala ketentuan-Nya,” katanya.
Ketika awal perkahwinan pada 2007, Kamilah sudah menjaga tiga anak saudaranya yang kehilangan ibu bapa. Pada tahun 2011, mereka mengambil lagi tiga anak saudara yatim piatu untuk tinggal bersama demi memastikan mereka tidak terpisah.
“Tiada yang lebih menggembirakan daripada melihat keenam-enam anak yatim piatu ini, yang juga anak saudara isteri, hidup gembira dan kekal bersama.
Jika ada pihak lain ingin mengambil mereka, saya ingin pastikan mereka diambil bersama-sama, bukan secara berasingan.
“Saya tidak sanggup melihat mereka berpisah, jadi saya nekad menjaga mereka hingga dewasa, walaupun kami sendiri mempunyai tiga anak berusia antara lapan hingga 16 tahun,” jelasnya.
Kini, Che Hanapi bersyukur kerana salah seorang anak yatim piatu yang dijaganya telah berkahwin dan memberinya seorang cucu, manakala dua lagi bekerja di Bentong
BACA: ‘Hidup susah mati pun susah’ Watak apek dalam filem P.Ramlee rupanya melayu!