Pengaruh filem ‘Money Heist’, perompak letup mesin ATM, larikan wang

Pengaruh filem ‘Money Heist’, perompak letup mesin ATM, larikan wang. Dua penjenayah meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebelum melarikan sejumlah wang tunai di sebuah kedai serbaneka di Pekan Meru di sini awal pagi Selasa.

Kejadian itu disedari pekerja kedai serbaneka berkenaan ketika mahu membuka kedai kira-kira jam 8 pagi selepas mendapati pintu kaca kedai pecah selain pintu pada mesin ATM telah terbuka.

Pengaruh filem ‘Money Heist’, perompak letup mesin ATM, larikan wang

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kejadian itu dipercayai berlaku antara jam 3 hingga 4 pagi.

Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian itu dipercayai dilakukan oleh dua individu yang memecah masuk kedai serbaneka melalui pintu hadapan.

“Kedua-dua suspek kemudiannya meletupkan mesin ATM di dalam kedai serbaneka berkenaan sebelum melarikan sejumlah wang.

“Jumlah wang yang dilarikan masih dalam siasatan,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Katanya, pihak polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

BACA JUGA :

Syarikat jajan dari jepun minta maaf sebab naikkan harga sebanyak 8 sen

Ini punca kenapa Perodua gagal siapkan tempahan kereta tahun 2021

Sajat takkan maafkan siapa yang fitnah dia bangkrap

CATEGORIES