Pengarah JSJ Bukit Aman dedah graduan bidang ini berisiko jadi mangsa pemerdagangan manusia

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Graduan yang memiliki kemahiran dalam teknologi, khususnya dalam bidang maklumat dan komunikasi, dinasihatkan

agar lebih berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia atau penipuan (scammer)

Mereka berusaha mengeksploitasi kemahiran mereka untuk tujuan jenayah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata dengan pesatnya

Dalam perkembangan teknologi dan tawaran gaji yang menarik, golongan ini turut berisiko menjadi sasaran sindiket tersebut.

Pengarah JSJ Bukit Aman dedah graduan bidang ini berisiko jadi mangsa pemerdagangan manusia

“Daripada apa yang saya temui di lapangan, kita berhadapan dengan kes pemerdagangan manusia yang semakin kompleks.

Walaupun tidak memerlukan kepakaran tinggi, mereka tetap memerlukan sekurang-kurangnya individu yang mempunyai kemahiran asas dalam sistem dan telekomunikasi,” jelas beliau kepada pemberita

selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Penguatkuasaan Atipsom 2024 – Awareness to Action: Mobilising Against Human Trafficking and People Smuggling di Melaka hari ini.

Mohd Shuhaily turut menasihatkan pelajar lepasan institusi pengajian tinggi yang sedang mencari pekerjaan agar lebih berhati-hati dengan tawaran jawatan bergaji tinggi, terutamanya di luar negara.

“Secara umum, kita tahu pasaran kerja di sini menawarkan gaji permulaan sekitar RM1,500 hingga RM2,200, namun ada tawaran yang lebih tinggi, iaitu RM4,000 hingga RM5,000. Tawaran sebegini pasti menarik bagi golongan muda yang ingin memulakan hidup mereka,” katanya.

Menurutnya, iklan tawaran kerja tersebut sering kali nampak sah, dengan jawatan seperti pegawai khidmat pelanggan atau sokongan teknikal, walaupun mereka sebenarnya akan terlibat dalam aktiviti seperti judi dalam talian.

Selain itu, beliau menambah, pihak berkuasa turut mendapati ada rakyat Malaysia yang tidak bersekongkol langsung dengan sindiket, tetapi memainkan peranan dalam mengajak rakan-rakan mereka ke luar negara, terutama graduan muda, dengan tawaran kerja yang kelihatan menguntungkan tanpa menyedari mereka terjebak dalam sindiket tersebut.

Mohd Shuhaily turut memberi amaran kepada golongan pencari kerja agar lebih berhati-hati dengan tawaran pekerjaan di negara-negara seperti Vietnam, Kemboja, Laos, atau Myanmar, yang boleh menjadi petanda awal untuk penipuan atau pemerdagangan manusia.

BACA: Kes rasuah kuota pekerja asing, netizen persoal ‘macam mana lelaki Bangladesh boleh dapat Datuk?’