Sebuah majlis perkahwinan di Sumedang, wilayah Jawa Barat, menjadi tular
apabila pengantin perempuan dirasuk sehingga berkelakuan aneh di atas pelamin, lapor portal berita Wolipop semalam.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @yuliacitramakeup,
pengantin yang mengenakan gaun biru itu dilihat menari tanpa henti sambil mengikut rentak lagu.
Lebih menyeramkan, kedua-dua matanya tidak berkelip semasa melakukan tarian pelik di khalayak ramai.
Pengantin perempuan dirasuk, berkelakuan aneh di atas pelamin gemparkan tetamu
Malah, ada di antara tetamu yang cuba menenangkan pengantin tersebut tetapi tidak berjaya.
@yuliacitramakeup♬ suara asli – Yuliacitra_Makeup
Rakaman itu mencatatkan lebih 7.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.
“Mengikut adat Sunda, pasangan yang mahu berkahwin harus meminta restu daripada orang yang sudah meninggal dunia,” kata seorang netizen.
“Lagu yang dimainkan itu menjadi punca!” komen netizen lain.
Baca Lagi:‘Baik dekat sekolah tapi setan dekat luar’ Pelajar cemerlang punca remaja 15 tahun hamil