Penganggur buntu cari kerja tak dapat-dapat nekad tahan kereta peronda polis

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Seorang lelaki buntu mencari pekerjaan hingga sanggup menahan kereta peronda polis (MPV)

HAnya untuk meminta bantuan menjual jam tangannya demi mendapatkan wang buat keluarga.

Menerusi perkongsian di laman sosial, lelaki itu, seorang bapa kepada dua anak, mengambil tindakan tersebut kerana terdesak untuk memenuhi keperluan keluarganya.

Dalam klip video yang dimuat naik di aplikasi FandyFiera, lelaki tersebut menawarkan jam tangannya

yang dibeli dengan harga hampir RM500, namun hanya meminta RM100 sahaja.

Penganggur buntu cari kerja tak dapat-dapat nekad tahan kereta peronda polis

“Saya dari pagi sampai petang cari kerja tak jumpa, abang. Apa kerja pun saya boleh buat, tapi tak ada satu kedai pun nak kasi kerja,” luah lelaki itu kepada salah seorang anggota polis.

Keperitan Hidup dan Sokongan Netizen

Menurut anggota polis tersebut, hasil perbualan mendapati lelaki itu menghadapi masalah kesihatan dan sangat memerlukan wang untuk membeli barang keperluan anak-anaknya yang berusia 12 dan 16 tahun.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib lelaki itu.

“Macam saya dan suami. Suami diberhentikan kerja, memang tak ada duit langsung tapi kena beli beras.

Tebalkan muka pergi pejabat zakat minta bantuan. Buang semua rasa malu demi anak-anak,” kongsi pengguna @EykaTieka.

Seorang lagi pengguna, @Team_Jebat, turut berkongsi rasa simpati.

“Tak semua orang nasibnya sama. Masing-masing ada ujian. Allah gugurkan air mata aku sebab aku pun pernah rasa benda yang sama, walaupun jalan ceritanya tak sama dengan abang tu,” tulisnya.

BACA: Tak sampai hati bersenang-senang dikala negara banjir, Yusof Haslam batalkan percutian