Pengacara bertudung di stesen TV popular selamba pakai ‘bra’ naik basikal

Pengacara bertudung di stesen TV popular selamba pakai bra naik basikal

Pengacara bertudung di stesen TV popular selamba pakai ‘bra’ naik basikal. Pasti ramai tahu sejak kebelakangan ini trend berbasikal antara yang menjadi pilihan ramai untuk beriadah. Malah, aktiviti itu juga turut menjadi pilihan para selebriti.

Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan pemakaian terutama wanita yang melakukan aktiviti tersebut kerana dikatakan tidak sesuai dan agak mencolok mata.

Memetik portal Boom, ada cerita tak sedap di dengar mengenai seorang pengacara cantik yang sebelum ini pernah mengendalikan sebuah rancangan bual bicara popular.

Difahamkan, pengacara yang pernah berkahwin dan tinggal di kawasan perumahan elit itu memang sesekali dilihat mengayuh basikal di sekitar kediamannya bersama rakan-rakan.

Apa yang mengejutkan, pengacara itu kelihatan sangat seksi dan ada sekekali hanya memakai sport bra sahaja ketika melakukan aktiviti berbasikal di sebuah pusat kecergasan (indoor cycling).

Pengacara bertudung di stesen TV popular selamba pakai'bra' naik basikal

Malah, tudungnya juga dikatakan tiba-tiba ‘terbang’ dan penampilannya boleh dikata berubah seratus peratus.

Meskipun sedar dirinya diperhatikan ramai, namun kakak kepada seorang aktor baharu itu sedikit pun tidak mengendahkan mereka.

BACA:

Laporan dedah 10 rahsia Ratu Elizabeth II panjang umur

Zuraida umum Ahli Parlimen dan Adun lompat ke PBM

Cashier Mydin tegur brother ni tak berbaloi beli penuh troli macam ni

CATEGORIES