Penerima zakat ini hantar ‘mesej’ minta hentikan bantuan kepadanya? Dah kenapa pula? Ini rupanya yang jadi

Oleh INFORAKYAT

Penerima zakat ini hantar ‘mesej’ minta hentikan bantuan kepadanya? Dah kenapa pula? Ini rupanya yang jadi.

Seorang penerima zakat menghantar surat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) meminta agensi itu menghentikan bantuan kepadanya selepas pulih daripada masalah kesihatan.

Agensi itu memaklumkan penerima berkenaan sebelum ini menjalani pembedahan esofagus yang memerlukannya berehat serta tidak boleh bekerja atas nasihat doktor.

Penerima zakat ini hantar 'mesej' minta hentikan bantuan kepadanya? Dah kenapa pula? Ini rupanya yang jadi

“Beliau sebelum ini bekerja sebagai pembaiki barangan elektronik berpendapatan sekitar RM1,300, menanggung tiga orang anak dan seorang isteri yang tidak bekerja.

Seorang asnaf menghantar surat kepada Lembaga Zakat Selangor supaya menghentikan bantuan selepas kehidupannya kembali stabil untuk menanggung keluarga.

“Seperti biasa Zakat Selangor akan membuat semakan semula setiap tahun untuk setiap asnaf bagi melihat kelayakan sama ada perlu buat penambahan bantuan terhadap mereka sekeluarga atau tidak.

“Tapi alangkah terkejut kami apabila dimaklumkan sendiri bahawa beliau ingin keluar daripada Zakat Selangor kerana sudah stabil dan menyatakan ada yang lebih layak menerima zakat berbanding beliau,” katanya di Facebook.

Asnaf mohon batal penerima zakat, jangka pendapatan stabil bulan hadapan -  Kosmo Digital

LZS berkata melihat dari perwatakan lelaki itu seorang merendah diri dan jujur kerana tahu akan haknya ketika bergelar seorang asnaf.

“Semoga Allah permudahkan dan suburkan rezeki beliau sekeluarga sepanjang zaman atas sifat jujur yang beliau tunjukkan. Moga menjadi teladan buat kita semua,” katanya.

LZS turut berkongsi surat dihantar lelaki itu bertarikh 25 Februari 2022 antaranya menyatakan pendapatan sudah mampu menanggung keluarga dan mohon bantuan zakat dihentikan.

BACA:

Ingat dah cukup jumlah rupanya belum, Manchester United kena ‘kekah’ dengan Liverpool

“Pulak dah! Kejap Zara Zya, kejap Watie? Mana 1 ni Shuib oi”, soal netizen