Penerbit Eksekutif Family Duo bersungguh pertahan Mas Idayu, rupa-rupanya ini hubungan mereka berdua..

Oleh INFORAKYAT

Penerbit Eksekutif Family Duo bersungguh pertahan Mas Idayu, rupa-rupanya ini hubungan mereka berdua..Drama Family Duo melibatkan pasangan sepupu Naim Daniel dan Sissy Iman dengan juri, Mas Idayu nampaknya terus berpanjangan.

Ini selepas tampil beberapa rakan artis yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa pasangan tersebut, terutamanya Sissy Iman yang ‘dihambur’ dengan kritikan pedih selepas didakwa gagal membawakan lagu Jampi nyanyian penyanyi asal, Hael Husaini seperti yang diharapkannya.

Malah Mas Idayu turut dikaitkan berperang mulut dengan AC Mizal, apabila meminta pengacara lelaki popular itu berhenti melalak selepas cadangannya agar pihak penerbit menukar format program kepada ‘Ayuh Maki Orang’.

Namun disebalik semua serangan yang dihala netizen kepada Mas Idayu, dia terus mendapat sokongan kuat daripada Penerbit Eksekutif program tersebut, Muhammad Sufian Che Isa.

Penerbit Eksekutif Family Duo bersungguh pertahan Mas Idayu, rupa-rupanya ini hubungan mereka berdua..

Berbekalkan maklumat carian, akhirnya warganet berjaya menemukan jawapab terhadap sokongan kuat yang diperolehi Mas Idayu bagi terus mengendalikan rancangan tersebut.

Rupa-rupanya, Muhammad Sufian Che Isa adalah suami kepada Mas Idayu. Pasangan tersebut bernikah pada 16 September tahun lepas, selepas menjanda selama hampir 16 tahun.

Memetik Berita Harian, Penerbit Eksekutif program Famili Duo, Muhammad Sufian Che Isa berkata, peserta sepatutnya sudah mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental apabila bersetuju menyertai program realiti itu.

Tambahnya, peserta program realiti, Famili Duo perlu bersikap profesional dan tidak mengambil kritikan diberikan juri sebagai sesuatu bersifat peribadi.

“Bila kami mengundang Mas Idayu sebagai juri tetap, saya rasa mereka sepatutnya sudah boleh menjangka apa yang bakal berlaku.

“Peserta sudah sedia maklum cara Mas Idayu mengajar dan menegur. Cuma, saya faham bila sudah masuk minggu keenam, semua artis sudah penat dari segi fizikal dan mental.

“Pun begitu, saya tidak boleh nak kata siapa salah dan siapa betul. Ini kerana setiap orang ada pendirian masing-masing,” katanya kepada BH Online.

Melihat kontroversi berlaku dari sudut positif, Muhammad Sufian mengharapkan teguran dapat mencetus semangat baru kepada setiap peserta program berkenaan.

Tindakan penyanyi dangdut itu menerima kecaman ramai hingga tular dalam media sosial.

Mengulas komen ditinggalkan netizen termasuk golongan artis yang menganggap perbuatan Mas Idayu sebagai keterlaluan,

Muhammad Sufian berkata, mereka berhak mengeluarkan pandangan.

“Dalam media sosial, semua orang boleh berkata apa sahaja. Kita tidak boleh kata salah ataupun betul kerana semua orang berhak untuk mengeluarkan pendapat.

“Cuma kena faham, stesen TV ada kandungan sendiri dan artis juga mempunyai kandungan mereka sendiri.

Tugas kita hanyalah untuk menghiburkan penonton,” ujarnya.

BACA: 

Patutlah orang cina jarang renovate rumah, rupanya kat sini mereka habiskan duit..

Ini senarai orang melayu kaya dalam negara, cara kekayaan diperoleh sangat mengejutkan