Banjir yang melanda Kedah baru-baru ini membawa rezeki tidak terduga apabila penduduk setempat memanfaatkan situasi
Dengan menjala ikan di Kilometer (KM) 16 hingga KM 18 laluan Jitra menghala ke Hutan Kampung.
Dalam video yang dikongsi di TikTok oleh pengguna bernama Muas, kelihatan beberapa individu tekun menangkap ikan menggunakan jala di kawasan yang ditenggelami air.
Fenomena ini terjadi apabila air sungai dan kolam berhampiran melimpah sehingga membawa pelbagai jenis ikan
ke jalan raya, menjadikan kawasan itu seolah-olah kolam sementara.
Penduduk berjaya menangkap pelbagai jenis ikan seperti keli, haruan, dan puyu, yang dibawa arus banjir.
@muas_ #banjircore #jitrakedah ♬ original sound – AhhShop53 – Shaaraishaaaa
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi positif, ada yang menyifatkan situasi ini sebagai unik dan luar biasa, manakala yang lain mendoakan keselamatan penduduk yang terjejas.
“Allah bagi rezeki cara lain pula. Semoga dipermudahkan urusan mangsa-mangsa banjir. Seronok tengok muka mereka,” kata ShedazPoksernt.
“Wah, banyaknya ikan! Ikan sungai memang sedap. Walaupun saya tak makan ikan sepat, saya suka buat sambal,” tambah Kak Aina.
“Boleh jadi cerita pada cucu nanti, dulu tokwan pernah menjala ikan atas lebuh raya,” seloroh Adila.
BACA: 13 juta data peribadi pengguna Malaysia bocor dalam laman dark web