Penduduk gerun tengok kain kafan terjulur keluar lepas tanah runtuh. Lebih 20 kubur terjejas akibat runtuhan tembok dan hakisan tanah yang berlaku di Tanah Perkuburan Awam (TPU) Sirnaraga, Kota Bandung dalam kejadian Selasa lalu.
Hakisan tanah menyebabkan dua kain kafan terjulur keluar dari kubur yang berada di kawasan tebing.
Kejadian itu dirakam seorang penduduk dan dimuat naik ke platform media sosial sehingga mengundang simpati warganet di Indonesia.
Ketua Unit Pelaksana Teknikal (UPT) Tanah Perkuburan Wilayah 3 Kota Bandung, Saeful Iman mengesahkan bahawa 25 kubur di TPU berkenaan terjejas.
Menurut Saeful, benteng penahan TPU di kawasan itu runtuh menyebabkan beberapa kubur terbongkar dan hampir menyebabkan beberapa jenazah hanyut.
Tambahnya, daripada 25 kubur yang terjejas, 10 kubur mengalami kerosakan dengan tujuh dicadangkan untuk dipindahkan.
Sementara itu, Ketua Polis Cicendo, Sadewo berkata, kejadian tanah runtuh sekitar TPU Sirnaraga itu berpunca daripada hujan lebat yang berlaku sekitar jam 2.37 petang (waktu Indonesia Barat).
Air dari Sungai Cilimus melimpah dan menyebabkan benteng di pinggir sungai itu runtuh.
“Daripada tujuh kubur itu, dua daripadanya adalah jenazah kanak-kanak kecil, lima lagi dewasa.
“Semuanya dalam keadaan baik, hanya ada sedikit yang boleh dilihat secara langsung seperti bahagian kepala,” katanya.
BACA:
Pegawai menteri dah mula kemas pejabat
Laporan dedah 1,000 pasangan dari Malaysia nikah di siam dalam sebulan
Muhyiddin keluar arahan kepada menteri PN supaya tolak PRU-15 tahun ini