Penduduk gempar dengan kehadiran makhluk misteri 15 meter terdampar di pantai

Penduduk gempar dengan kehadiran makhluk misteri 15 meter terdampar di pantai. Maluku- Bangkai makhluk misteri terdampar di pantai mengejutkan penduduk di kawasan terpencil di Pulau Seram, Indonesia.

Makhluk sepanjang 15 meter panjang itu ditemui penduduk setempat, Asrul Tuanakota di utara Pulau Seram di Wilayah Maluku, Indonesia menurut Jakarta Globe.

Menurut Asrul, pada mulanya dia mengganggap ia sebagai sebuah bot karam semasa ditemui pada malam Selasa. Makhluk misteri itu dipercayai tiada nyawa tiga hari sebelum dihanyutkan ke pulau terpencil itu.

Penduduk berusia 37 tahun itu berkata, sejak penemuan itu, penduduk mula membanjiri Pantai Hulung untuk melihat bangkai yang mulai busuk dan telah berubah warna itu.

Penduduk gempar dengan kehadiran makhluk misteri 15 meter terdampar di pantai

Penduduk mula membuat andaian dan spekulasi sendiri kononnya ia adalah bangkai sotong gergasi atau ikan paus sambil menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengalihkan segera bangkai makhluk misteri terbabit.

Sebelum ini, seekor makhluk misteri turut ditemui di Pantai Filipina. Ia juga mengejutkan penduduk tempatan itu yang membuat spekulasi bahawa makhluk dua tan itu sejenis dugong sebelum disahkan sebagai ikan paus.

Saintis Ada Jawapan

Penduduk gempar dengan kehadiran makhluk misteri 15 meter terdampar di pantai

Kemunculan mengejut sekujur bangkai makhluk raksasa yang terdampar di sebuah pantai di Indonesia mengejutkan penduduk Pulau Seram.

Sejak beberapa keping gambar raksasa itu mula tular di media sosial, masyarakat mula melontar persoalan seperti, apa itu? Bagaimana ia sampai ke pulau di Indonesia?. Dan adakah kehadirannya ada kaitan dengan perubahan iklim dan tabiat migrasi ikan paus?.

Asrul Tuanakota, seorang nelayan berusia 37 tahun, pada mulanya menyangka dia telah menjumpai sebuah bot terkandas di air cetek, menurut Jakarta Globe.

Dia kemudian mengesahkan ia merupakan bangkai reput yang berukuran 50 kaki panjang yang berkelihatan seperti seekor raksasa sotong.

Ketua Sainstis di Ocean Conservancy, George Leonard berkata dia ada jawapannya.

Penduduk gempar dengan kehadiran makhluk misteri 15 meter terdampar di pantai

Makhluk berkenaan besar kemungkinan adalah bangkai ikan paus baleen. Kenyataan itu dibuat berdasarkan bahagian tulang yang menonjol yang digunakan untuk menapis makanan oleh haiwan itu.

Seram, pulau terbesar dalam kepulauan Maluku terletak berhampiran dengan laluan migrasi bagi ikan paus baleen, jadi ia bukan satu perkara yang mengejutkan untuk melihat b.angkai ikan paus di situ, lapor portal Huffington Post.

Bentuknya yang p.elik dikatakan terhasil dari kesan bengkak selepas kematiannya.

BACA JUGA :
Gambar makhluk asing dibedah kini dilelong RM4 juta
Lelaki terjumpa pesawat misteri 4 sayap sewaktu layari Google Earth
Fosil kepala raksasa laut ditemui

CATEGORIES