Pendidikan boleh jadi salah satu cara selesaikan masalah Rohingya

Ni tanda apa? bagi aku bukan tanda rasis sahaja.Tapi tanda setengah rakyat kita bukan jenis suka mencari solusi dan merasakan bangsa mereka adalah bangsa paling mulia. Aku cakap sebelum ini islam tu universal dalamnya penuh rahmat dan pelbagai kaum.

Bila kita nampak orang tak bertudung kita kata memalukan islam,tapi dengan apa yang kita buat sebegini adakah mengangkat dan memberikan imej baik pada islam?

“Ah aku benci Rohingya…bodoh pencuri perompak,jahat,pengotor” Tetapi apa yang anda lakukan selain menghina dan mendesak kerajaan yang tersepit untuk menghantar mereka peluang? Anda tidak berbuat apa hanya berteriak dengan kebencian.Adakah hujung-hujung selesaikan masalah? Tidak.

Kulai adalah daerah di Johor yang ramai Rohingya.Terus terang aku tak suka Rohingya di tempat aku kerana banyak kes dan sikap mereka keterlaluan.Tetapi mereka di bawah perlindungan. Adakah menghina mencaci mereka akan menyelesaikan masalah? Tidak.Apa aku buat adalah ajar mereka memahami mengapa mereka perlu faham budaya Malaysia. Berapa ramai kaum dan etnik di Malaysia,bagaimana kita boleh hidup hormat menghormati,kenapa penting hormat menghormat.Apakah perayaan dan agama kaum di Malaysia.Walaupun ada mereka yang bukan beragama islam tetapi kenapa kita perlu menghormati hak beragama bangsa lain bila kita duduk di Malaysia

Mereka kotor dan menjijikan ini kerana sudah menjadi kebiasaan mereka di sana.Kita ajar mereka kenapa perlunya kebersihan.Mereka tidak boleh bersekolah tak boleh kerja,tak pandai dan suka mencuri kebanyakan mereka untuk survival.Aku ajar mereka bahasa melayu,english dan mandarin di bantu rakan supaya mereka boleh survive di luar sana dan tidak melalukan jenayah.Setiap masalah mustahil boleh diselesaikan secara segera.Adalah baik kita tanya diri kita apa sumbangan diri kita.

Sama seperti kita benci bangsa lain.Bodoh tak reti melayu bangang tak reti islam..tapi apa kita buat? berpuluh tahun mencaci selesai masalah? tidak. Berapa banyak kelas jawi kita adakan? berapa banyak kelas bahasa melayu kita adakan? berapa banyak kelas memahamkan anak-anak pelbagai bangsa ni akan kepentingan bercampur kaum kita adakan? berapa banyak program silang budaya memahami agama dan apa kepercayaan setiap agama suapay kita sesama masyarakat faham dan menghormati agama lain kita adakan ?

Hinaan kejian tidak bisa mengubah manusia tapi “pendidikan itu mampu”

Sumber: