Pendapatan penduduk luar bandar kini cecah RM5,000 – Menteri

Pendapatan penduduk-penduduk luar bandar sudah mencecah RM5,004 pada tahun 2019, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Mahdzir Khalid pada hari Isnin.

Memetik data dari Jabatan Perangkaan Malaysia, Mahdzir berkata ini merupakan peningkatan sebanyak 34.5% berbanding tahun 2002, di mana purata pendapatan pada ketika itu hanya RM1,729.

Berkenaan bekalan elektrik dan air, Mahdzir berkata 99% kawasan luar bandar sudah mempunyai bekalan elektrik, manakala 84.9% kawasan luar bandar sudah mempunyai bekalan air.

“Ini bukti usaha yang dijalankan oleh Kerajaan berjaya meningkatkan kualiti serta taraf hidup penduduk luar bandar,” katanya.

Pendapatan penduduk luar bandar kini cecah RM5,000 - Menteri
Mahdzir mengadakan sesi libat urus di Bangunan Parlimen semalam.

Sesi libat urus itu diadakan bagi memberikan penerangan mengenai hala tuju dan perancangan pembangunan kementerian itu tahun depan, selain mendapatkan maklum balas dan cadangan penambahbaikkan program hasil pembentangan Bajet 2022.

BACA JUGA : Dulu guna syurga, kini guna malaikat pula dalam kempen PN
Malaysia bakal hadapi gelombang baharu Covid-19 dua minggu lagi