Sebab tu la ramai ahlong beri pinjam duit dan tuntut dengan cara ganas. Pasal ramai penghutang nak lari tak bayar. Kalau fikir2 balik, betul juga cara ahlong tu. Tapi jangan ikut ya guys
Bab hutang ni, ceritanya jadi panjang sampai ke anak cucu. Bagi pinjam gaduh, tak bagi pinjam pun gaduh hmm..
Sebab hutang ni biasanya janji mulut, janji wasap tiada dokumen bertulis. Tapi kalau ada agreement pun tak sampai hati nak kenakan kawan tu balik.
4. Kebanyakan si penghutang ni perangai dia jenis malas berusaha..aemua nak senang.. berbelanja tak ukur baju.. jalan mudah pinjam duit kawan lepas tu buat tak tahu..
5. Ada juga jenis yang pura² mintak no akaun konon nak bayar.. pastu check² takdek pun bayar.. ini jenis konon² dah bayar tapi transaction reject….
6. Kalau ada orang nk pinjam duit. Cuba tanya pelan pembayaran balik camner? Boleh juga dapatkan cagaran jika boleh
7. Kalau nak installment baik ko cari Ahlong!!
8. Aku buat masa sekarang sesiapa pun kalau nak pinjam tak bagi dah. Serik. Kalau betul nak bagi pun, terus niat sedekah je jangan harap nak dapat balik.
9. Sebab tu kalau betul nak bagi pinjam, kena bagi yg sekadar kita rasa mampu nak ikhlaskan kalau tk dibayar semula.
10. Tapi perasan tak bila jumpa kat mana-mana ko mesti rasa dia nak bayar. Tapi sebenarnya dia tak pernah fikir pun
11. Prinsip aku senang je. Biar aku hilang kawan sekarang, dari aku bagi kawan berhutang.
12. Ada juga satu ketika demi nak kekalkan hubungan kadang terpaksa buat tak tahu, tak bagi pinjam.
13. Biarlah bermasam muka sehari dua dari bermasam muka seumur hidup.
14. Begitulah bila jadi pemberi pinjam. Sebelum pinjam di pujuk rayu, lidah lembut tiada tulang.
15. Sesudah diberi pinjam, joli sana sini kita seperti pengemis minta duit sendiri.
16. Bila jadi pemberi hutang kita sebenarnya pertaruhkan tali persahabatan.
17. Jadi sebelum apa² kita kena keraskan hati untuk tidak beri pinjam. Kalau beri juga anggaplah sebagai sedekah. Untuk pelihara hati sendiri
18. Kalau ada orang nak meminjam, terus aku bagi RM100 je.. aku cakap sedekah tak payah bayar. Sebab 99% takkan bayar punya.
19. Next memang dia tak berani pinjam lagi. Sebab segan dan malu.
20. Last but not least. Try tukar ayat..kita pulak buat ayat nak pinjam dengan dia..maybe dia rasa kesian dan bagi pinjam sikit..
21. Disebabkan ramai yang tak berani nk minta hutang dengan si penghutang? Aku buat langkah-langkah cara minta hutang melalui App MAE 👇
Step 1: Buka App MAE, Klik Send & Request
Step 2: Boleh pilih Request Money atau Duit Now Request.
Step 3: Jika tiada no akaun peminjam, korang boleh pilih request masukkan no telefon bimbit si penghutang.
Step 4: Selepas itu korang akan nampak nama peminjam atas no hp yang di beri. Letakkan jumlah tuntutan yang korang nak tuntut.
Step 5: Langkah seterusnya korang confirmkan maklumat penghutang itu betul dan tekan butang “send now”
Step 6: Tuntutan korang tadi telah berjaya dihantar secara rasmi ke akaun penghutang.
Step 7: Korang telah berjaya buat si Penghutang
terkejut beruk kerana menerima tuntutan RASMI daripada pemberi pinjam.
Ps: Pastikan korang share, tag dan terus menghantui akaun bank si Penghutang dengan tuntutan ini. 🫰
Korang pulak macamana?
BACA: Wanita terkejut hutang hampir cecah RM250k! akibat terlalu seronok belanja kawan guna kad kredit